-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Cerita ini bedasarkan genre lawak bersahaja, tak ada yang serius pon.So kalau nak tengok sebab hilangkan stress , memang aku setuju sangat.Tetiba teringat cerita Hollow Man kan, tapi Hollow Man itu serius dengan aksinya.


Semalam kami layan cerita Bait pula, nampak macam best lah kan sebabnya bukan main promosi dan advertise yang sangat hebat, sana sini dengan giant board, newspaper, internet dan pelbagai lagi. So kami anggap berbaloi layan cerita ini. Berbaloikah selepas layan? Jawapan kami tak, 4/10 bintang hanya diberi! Bosan cukop bosan oh, scene yang sikit, aksi yang kurang, jalan cerita yang ringkas dan pengisian yang teramat slow. Perihal hanya 2 ekor jerung je dalam cerita ini, puiiihhh.


Selamat menyambut hari raya kepada semua ! Tengah melayan komputer menggunakan broadband berkombinasikan VPN, pergh memang laju sungguh line nya, then teringat sejenis biskut raya yang pada aku sangat famous time kecil dahulu lah, tapi sekarang sudah rare. Nama pun tak tahu, tapi sesudah google dapat ! Namanya Ketupat cookies atau biskut ketupat.

Handmade ini, sebab tak berapa kemas.

Serius raya zaman sekarang susah dah nak jumpa kan biskut ketupat, yelah biskut moden sudah ambil alih, tapi  masih ada yang bertahan sampai sekarang dan diminati adalah biskut tart nenas, aku pun pelik.

Ini satu lagi gambar yang aku berjaya google, susah betul nak cari gambar biskut ketupat ini.

Inilah sahaja entri ringkas sempena hari raya. Selamat hari raya buat kekasih yang on the way ke kampung :-D Rindu sangat kat dia.

*Kalau pergi beraya, aku tak layan biskut sebab kek adalah sasaran aku.Ngeh

kredit gambar 1 & 2

Tenangkanlah perasaan aku sekarang.