Syukur pada Allah, final exam sudah lepas pada minggu lepas. Berapa banyak "lepas" daaa. Akibat keboringan melampau, aku dan bff Ayisy a.k.a wak sahmi telah merancang perjalanan secara "rude" dan tanpa planning yang terperinci. Serius ! Selamba betul, dengan tak fikir itu ini, kami redah jeh!
Perjalanan dimulakan pada petang Jumaat dari Bentong, coz wak Sahmi tunggu di exit highway Bentong. Seperti biasa highway karak lah tempat "berpusat" nya kami berkumpul. Aku datang dari Shah Alam while Sahmi dari Kuala Lipis. Perjalan sepanjang melalui highway pantai timur memang agak syahdu. Syahdu sebab susah nak jumpa pemandangan menarik berbeza dengan highway selatan. Average kelajuan kami hanya sedang-sedang iaitu 110-120 km/h . Isi minyak di 2 perhentian Rehat dan Rawat (R&R) iaitu di Gambang dan Maran.
Tiba di Teluk Cempedak
Licin! lapo! Sambil FB .
Memang silap kami tak mencari homestay pada petang tadi, dah itu nak tido mana? haha. Jam sudah menunjukkan 1.00 pagi . Tanya akak cashier di Pump Petronas, dia pun tak tahu. Erk, lepas itu recommend kami tidur di surau petronas tersebut. LOL. Memang pada mulanya target nak bermalam di Hotel budget, tapi memikirkan tiada parking yang selamat dan hotel budget pula semuanya macam "rimas", so tak jadi. Akibat terlalu ngantuk, maka surau lah tempatnya. Hehe. Maka tahyatul masjid lah kami.
Lepas solat subuh, seawal 7.30 pagi kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Kemaman, Terengganu. Lebih kurang 2 jam dari Teluk Cempedak ke Kemaman. Maklumlah, terpaksa bawa slow, banyak lori kargo. Kami pusing-pusing sahaja di sana.
Patah balik ke Pahang, mencari Cerating. Tiba lebih kurang jam 1 petang. Lepak di bawah pokok, berehat selama 1 jam setengah. Badan panas beb! Tak boleh tahan, tumpang mandi dan jamak takdim zohor dan asar di Masjid Air Balok.
Tong sampah bikin spoil !
Lepas makan, kami berehat pula di waterfront Kuantan. Teringat pula aku tempat lepak time diploma dulu, waterfront di Kuching, lebih kurang sama je design, haha. Pelbagai perniagaan dijalankan sepanjang kawasan tersebut. Tak lupa juga, ia menjadi lubuk kaki pancing. Teringin juga tengok aktiviti yang ada pada malam minggu, so kami lagi sekali ke Teluk Cempedak. Tup tup tup.Erm, jam 2.00 pagi "Memakmurkan" lagi surau Petronas pada malam itu, hehe.
Keesokkannya, jam 8 pagi kami pun bergerak pulang. Terasa berat je hati. hoho.
Kesimpulannya dari aktiviti konvoi simple ini menarik dan kurang menariknya mengenai Kuantan ialah :
1) Aku baru tahu dialek bahasa dorang ada macam Terengganu sikit.
2) Malam minggu tersangat meriah, berbeza dengan Johor, huhu.
3) Ramai penggemar scooter bersisi besar.
4) Ramai yang peramah.
5) Jalan yang banyak sangat traffic light ! penat oh!
6) Tempat berkumpulnya penunggang easy rider.
7) Ramai mat rempit. Bahaya bro.
8) Susah nak cari homestay.
9) Fast food di tepi pantai.
Buat member wak Sahmi, good luck exam bro !
"W're riders, w're brother, we aren't rempit".
*Sorry gambar tak jelas coz telah dikecilkan resolusinya dari 3mp kepada VGA sahaja. Gambar pun banyak lagi, tapi yang ini pun cukup lah kan. Hehe.
wah! banyak menarik lah bro. aku suka tengok orang konvoi2 nie. steady je. Korang memang betul safety, siap jacket :)
ReplyDeleteanonymous: Tq der. Kitorang bukan mat rempit, tp ini hobby kami jalan2 dengan moped. hehe
ReplyDeleteSafety 1st. Siapa yg pernah rasa jatuh, dia tahu pentingnya safety. Lepas ni Utara Nohh! Heh
ReplyDeletewah..terbaek laa..
ReplyDeleterndu kt kuantan..
dl tiap2 ptg jalan kt waterfront tu..
keh3
dulu blaja kt kuching ke bro?? sama la kita.. haha..
ReplyDelete