-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adil atau tidak ?


Setiap kali aku melepasi orang kurang upaya meminta sedekah, orang buta memainkan muzik, mak cik tua sebagai cleaner, pak cik tua uzur melakukan kerja berat... jauh dalam sudut hati aku akan berkata "kesiannya"... perasaan rasa kesian itu mungkin normal bagi manusia, tapi pada aku benda itu memang mendalam. Membuat diri sentiasa berfikir tentang hidup.


Hidup ini ramai yang kata tidak adil kerana ada yang lahirnya sebagai anak jutawan, ada yang lahirnya jelitawan, ada yang lahirnya dengan kepandaian, tidak kurang ada yang lahirnya anak jalanan, ada yang lahirnya tak cukup sifat dan ada yang lahirnya sebagai bebal. Adakah sengaja Allah jadikan kita sebegitu?

Memang manusia mahukan segalanya perfect, impian setiap orang mahu hidup hebat. Tetapi kita lupa bahawa yang hebat itu tak selalu terus hebat, dan yang perfect itu akan boleh hancur dalam sekelip mata. Variasi hidup manusia tak perlulah kita pertikaian. Ia telah diatur oleh Tuhan, dan sudah tentu ia memang terbaik untuk diri kita. Kalau kita rasakan kita kurang berkemampuan tapi di luar sana ramai yang mati kebuluran, kalau kita rasakan usaha selalu gagal dan terus kecewa,  renung sejenak ramai lagi manusia gagal mampu berjaya dalam hidup mereka..


Tanam lah impian, tak kira hasilnya berjaya, gagal atau semakin gagal ,tetapi ucaplah syukur.

Entry sekadar mengingatkan diri sendiri dari apa yang aku telah lupa....

7 comments:

  1. bila tengok orang yang serba kekurangan kesian sgt. sebab mereka tak dapat merasa apa yang kita ada.

    dan dari situ kita boleh fikir yang kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang~

    ReplyDelete
  2. bersyukur dengan nikmat sekarang

    ReplyDelete
  3. Bila lalu sebelah org tua2 yg kerja teruk, rasa kesian.

    Bila lalu sebelah org minta sedekah yg sihat, rasa geram je.

    ;))

    ReplyDelete
  4. lama juga tak nyinggah sini...lama juga tak bertemu di muka buku kan fid....baru perasan fid dh tunjuk muka..hahaha.....

    la ni agak bizi sikit blog pon terbengkalai :/

    ReplyDelete
  5. "Entry sekadar mengingatkan diri sendiri dari apa yang aku telah lupa...."

    the same thing goes here......

    ReplyDelete

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.