-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Siapa yang tak kenal dengan Anwar hadi. Vlog yang fames. Aku bukanlah pro kepada Anwar hadi ini, tapi aku respek dengan Bahasa Inggeris mamat ni. Memang macam air yang deras, siap dengan pronounce British itu.

Gaya bercakap depan video memang hebat, campur lagi kesinambungan edit yang teratur. Semua issues yang dibangkitkan memang tak boring layan. Muka yang slumber.haha. Thumbs up!



Tapi biasalah, haters ada dimana-mana sahaja kan. Pantang bila seseorang itu meningkat naik, maka ada  saje orang meluat. Dengki atau jealous mungkin? Buat apa nak dengki ini kan, dah memang bakat banyak cakap semula jadi dia, english yang power dan  teror edit video. Tiada apa yang nak dibencikan, setiap orang ada kehebatan masing-masing.

Dekat bawah ini ada satu video orang yang haters dia, point yang tak munasabah untuk benci Anwar hadi :

- Iri hati
- Meluat gila-gila
- Lubang hidung besar
- Budget kiut sangat
- Takut mak, tapi tak takut tuhan
- Mata duitan





Lagu Anwar Hadas? Haha. Haters ini bikin lawak. LOL.

Cerita bawah ini aku just copy 100% dari seorang facebooker. Dia punya kawan punya kisah, hehe. Aku rasa budak lelaki ini student lagi kot. Nice!

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!



Credit : Tuah dan Gambar

Duglup duglup duglup. Macam itulah bunyi debaran jantung setiap kali aku berada dalam dewan peperiksaan. Tengok jam lambat lagi nak start menjawap ini. Hati tak tenang selagi kertas soalan tak boleh dibuka. Tapi aku cuba cool. Tengok keluar tingkap, tengok pokok bergoyang-goyang mungkin dapat rileks kan kepala aku. hehe. Tapi yang pasti , aku tak akan usha calon @ budak kiri, kanan, depan dan belakang sebab diorang akan bikin lagi nervous sebab mulut mereka terkumat kamit baca doa dan mengingat semula formula. Aku bermonolog, "Apesal dorang ni gelabah? Rileks je sudey."

Bila pengawas kata," Ok, u all can start now!". Lepas berdoa:

Benda PERTAMA aku akan buat:
Kalau soalan bab mengira macam chemistry or physics ke, cepat-cepat formula yang dekat appendixes yang ada paling belakang kertas soalan, aku akan asingkan. Means koyak kan ajelah. Kan senang sikit nanti kita nak rujuk.

KEDUA.
Aku akan usha keseluruhan soalan dari depan sampai belakang. Just sekali imbas,secara tak  langsung dapatlah meng refresh dan mencari idea nak jawap kan. Point @ keyword jawapan aku akan selitkan sekali. Nanti masa nak isi dekat kertas jawapan baru kembangkan point tadi sehabis baik.

KETIGA.
Soalan yang agak susah yang memerlukan otak yang cerdas biasanya aku akan tinggalkan. Soalan yang senang siapakan dahulu. Orang kata bila otak kita sudah panas, barulah ready untuk jawap soalan yang susah . Iyo tak? Hehe. Aku cuba habiskan semua soalan dalam  8/10 dari masa yang diberikan.

KEEMPAT.
Bila kesemua soalan sudah dijawap (termasuklah soalan susah yang dihentam dengan jayanya) , aku akan gunakan baki masa 2/10 untuk cek jawapan. Time ini paling genting...Sekali lagi aku akan cool dan elakkan sindrom menggelabah.Sebabnya? Otak akan mula celaru. "Eh! ni macam aku baca semalam, ni pun sama". Sambil check, cuba refresh apa yang pernah dibaca dan pastikan buat pilihan yang tepat.

KELIMA.
Bila masa sudah time,haha. Bila masa dah habis, berserah jelah. Doa tawakal semoga dapat result yang ok.

Tips ini cikgu aku time sekolah rendah yang ajar. Memang berguna even macam simple. Senang kata ia lebih kepada teknik pengurusan waktu supaya waktu menjawap tak dibazirkan macam itu je.

*Kekadang aku ikut kata hati kalau dah tak dapat jawap sesuatu soalan yang susah. Probability betul itu pun besar, hehe. Berkat doa ibu bapa.