-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wow dia hebat dalam semua benda lah !

Sekadar mahu share cerita "orang hebat", hehe. Ini cerita realiti, bukan fantasi atau rekaan semata-mata. Masih belum terlambat nak kongsi satu cerita yang "menarik" pernah berlaku sepanjang semester lepas. Haha. Al kisah aku mempunyai seorang roommate. Mukanya yang suka senyum, tapi kadang-kadang masam juga tiba-tiba. Hehe. Kalau lihat dari watak dia, memang agak peramah dan cool. Pertama kali aku berbual dengan dia , sumpah amat kagum. Apa yang kagum? Banyak pengalaman dia yang menarik. Dari kisah susah hingga ke senang, suka dan duka dan macam-macam lagi.

Aku memang suka kalau bab menjadi pendengar yang setia, semua cerita dia aku "iya" kan saje. Jujur aku katakan, macam best je bila dengar dia cakap itu ini. Kekadang ada juga 1 2 soalan aku selitkan. Makin bertambah semangat lah dia kan. Setiap kali dengar cakap dia, mesti hati aku akan berdetak ," Wow hebat pengalaman dia".

Sampai lah satu hari itu, aku sudah dapat rasa yang mamat ini sebenarnya cakap besar a.k.a kuat kencing (menipu).

Aku : "Cita-cita aku dulu memang nak jadi doktor, tapi apakan daya result SPM tak gempak. Tu yang time    diploma aku ambil bidang Sains. Mana tahu lah kan aku grad dengan cemerlang, still dapat ambil medic nanti. Erm, memang takdir aku tak jadi doctor kot, sebabnya cgpa aku tak hebat mana. Ramai member yang dapat pergi buat medic."

Dia : "Aku dulu dapat tawaran buat farmasi dekat USM, tapi tak minat la. Itu yang aku ambil Sains Sukan dekat Kolej."

Dalam hati aku berkata : "Aik ! Hari itu aku nampak result SPM dia biasa jek. Banyak yang fail je. Macam mana USM ada hati nak bagi tawaran dekat dia .Huhu."

                               ******************************************************

Kalau korang nak tahu, bila aku bercerita pasal pengalaman best aku, mesti dia akan sebut pernah buat benda yang sama juga. Aku pernah buat ini,  dia pun pernah buat. Aku pernah buat itu, dia juga pernah buat, malah lebih dari itu.Haha. Senang kata, dia nak lebih dari segala-galanya. Motif?

Sejak dari hari kantoinya dia kuat menipu, bila dia start berbual melayang, aku akan cepat-cepat buat tertido. Gerenti panas je hati beliau. Haha.
Suatu kisah disuatu hari :

Aku berkata: "Siti, ko ada soalan dengan jawapan past semester tak? Kalau ada aku ingat nak pinjam photostat."

Siti berkata: "Aku tak adalah , kalau ada pun nanti-nanti lah aku bagi ko ea."

Aku berkata: "Aik, bukan ke Miss Aida (lecturer) ada bagi soalan dengan skema jawapan kat ko minggu lepas?"

Siti berkata: " Hehe, ada-ada. Jap aku ambil lah. Ok nah. Nanti lepas ko copy, jangan bagitau budak-budak lain tau."

Dalam hati aku berkata: " Mak aih, kedekut ilmu taik hidung masin betul budak ini, atoi ."

                                            **************************************

Ya, bermacam ragam aku pernah jumpa pasal orang yang kedekut ilmu ini. Bila tahu tentang sesuatu benda, dia akan simpan baik punya, tak nak kongsi. Macam rahsia perisikkan pula dah. Haha.

Result orang yang kedekut ilmu semestinya akan lebih menonjol, yelah semua ilmu dan teknik jawapan dia seorang je tahu nak buat. Nanti bila tanya cara macam mana nak buat pembetulan, dia mesti akan malas-malas nak tolong jawapkan. Sebab nya? takut ada pesaing lain yang akan memotong kepandaian dia lah itu, haha.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orang yang berilmu berdiam diri atas ilmunya.”


p/s:  Jangan jadi orang yang pentingkan diri, juga jangan jadi orang bodoh sombong.

p/s/s: Perlu ke nak kedekut ilmu ? LOL
Assalamualaikum.


Walaupun aku tak pulang ke kampung di Johor cuti midterm ini, khabo nya keadaan hujan lebat dan tidak henti-henti berlaku di sana. Adakah Johor pula akan mengalami nasib yang sama selepas bah besar berlaku di negeri Utara (Perlis dan Kedah) beberapa bulan yang lalu ?

Korang ingat lagi tak banjir "air tenang", bukan pilihanraya DUN Tenang ye,  yang berlaku pada hujung tahun 2006, kebanyakkan kawasan negeri Johor tenggelam, paling teruk ialah Segamat ! Sehinggakan bandar Segamat lumpuh dan terputus! Nak bezakan darat dan sungai pun susah. Kalau kawasan rumah aku di Batu Pahat ok sedikit dan kemungkinan banjir besar berlaku agak kurang sebab terdiri dari bukit dan tanah tinggi nak dibandingkan Segamat yang tentunya kawasan tanah rendah.

Uniknya banjir besar yang berlaku pada 2006 itu lambat nak surut. Ini kerana dari empangan yang dibuka bagi mengelakkan ia dari pecah. Ingat lagi, kawasan sekitar rumah aku time itu dah tak hujan, tetapi yang peliknya air tak surut-surut, malah semakin naik. Rupanya dah tahu yang empangan dibuka, so tempiasnya berlaku pada kawasan sekitar.

Oklah, bawah ini aku kongsikan keadaan banjir yang berlaku di Johor (31 jan 2011):


Banjir di Segamat


Banjir di Labis


Banjir di Kluang.

Apapun, mari kita doakan semoga banjir besar tidak berlaku... Aminnnn.