-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat MYKAD di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya memang PANTAS !

Salam.

Akhirnya redha je lah wallet yang hilang akibat kecuaian aku sendiri. Boleh dikatakan semua dokumen penting ada dalam itu macam mycard , roadtax, lesen, kad matrik, kad bank dan termasuk beberapa helai duit lama yang aku memang kumpul. Hadoi, mengeluh jelah.

Kisahnya, aku solat agak  lewat ,sebelum itu ada hal masalah negara nak settlekan . So aku ambil keputusan stop solat dekat surau stesen petronas highway NKVE Ara Damansara. Banyak barang bawa oi, aku lupa bila time sembahyang yang aku letak wallet bawah beg. Nak cepat punya pasal lepas solat terus gerak capai beg JE... [CUAI]

Dari record CCTV, ada seorang mamat (pakaian agak smart) masuk ke surau, dia jumpa wallet aku dan pegang, then beliau sembahyang. Pastu habis solat, dia blah sambil pegang wallet aku itu. Jadi tanggapan aku adalah dia tak ada niat nak kebas: 2 function agak dia akan buat:

1) Dia akan beri kaunter, TAPI dari CCTV, beliau terus blah dan tak stop pun dekat cashier Petronas itu.
2) Dia akan bagi Polis @ Pos ke rumah. Ikut logik, biasa kalau tercicir barang dekat highway ini confirm lah susah untuk orang yang tercicir nak patah balik. TAPI dah 2 minggu tak ada respon.

Jadi, aku terpaksa buat baru untuk semua document penting itu.

Betul ! JPN di Putrajaya memang pantas. Aku buat proses mykad baru lebih kurang hanya 30 minit (dari ambil nombor giliran sampai ambil gambar dan i.c sementara).

Meh aku mudah kan jalan cerita.

1) Exit highway Hubungan Tengah atau Lebuh Ehsan dan terus ke Putrajaya, pergi arah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

2) Cari Presint 2, cari bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bukan macam aku mula-mula sesat termasuk ke JPN , rupanya tak perasan JPN yang itu stand for (Jab. Peguam Negara). Adoi malu. Tulah main redah.

3) Masuk pintu gerbang utama. Pastu nampak macam kat gambar bawah ini.

4) Terus naik escalator ke aras 2 (dua).


5) Sampai aras dua, belok kiri dan nampak kaunter pertanyaan dan nombor giliran. Apa lagi,minta lah nombor.

6) Tunggu giliran korang untuk proses dokumen. Jangan risau, tak ambil masa lama. Sebab ada 14 kaunter yang laju !!!

7) Lepas itu kena lah stay di kaunter 15, 16 atau 17 untuk ambil gambar dan i.c sementara.

8)Kalau nasib baik, korang dapat i.c hari itu juga, kalau tak esoknya lah. Cepat kan? Kalau JPN cawangan paling-paling ambil masa 2-3 jam untuk proses. Nak tunggu i.c siap pula dalam 1-2 minggu.

*Bersyukur, aku tak kena denda. Patutnya memang kes kecuaian kena denda. Tapi disebabkan dalam report polis itu tak bubuh "saya cuai", tapi aku letak "tiba-tiba saya sedari", so dianggap kes aku itu macam kecurian lah,haha. Lain-lain kes dikecualikan denda untuk kes curi, rompak, OKU, kemusnahan alam.

Tapi kalau korang student, bawa lah kad matrix atau salinan surat tawaran, atau apa aje yang bukti yang korang adalah pelajar untuk dapat diskaun 50%  dari jumlah denda full. Untuk full denda 1st hilang Rm110, 2nd hilang Rm210, 3rd dan seterusnya (maximum) Rm310.

17 comments:

  1. thanz 4 da info. Lepah nie dah tahuloh.senang & mudah.

    ReplyDelete
  2. info yg bagus ni....mambang follow sini ye :)

    http://violencexx.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Macam pernah pergi jek bangunan dalam gambar tuh. Teman member buat ic gak...

    ReplyDelete
  4. kalau dah buat polis report tapi nak tukar statement kepada lebih detail boleh x??

    ReplyDelete
  5. wallet hilang student kad skali hilang.. adoii...

    ReplyDelete
  6. saya pulak park krete kat pelita dkat klcc tu.. g bungkus makan then kuar dari krete je cremin krete blakng dh pecah and handbag yg letak bawak krusi dh x de.. (handbag tu jaminan 100% tak nampk).. kmungkinan de owng prhati saya selit handbag bawh sit krete.. paling best dalm bag tu 5sen pn x de.. hilang studnt id, ic, atm card n lesen.. jadi baru semalam.. =( bg yg lain hati2 wlupn x nmpk kite tak tau org perhatikn kite pompuan bawk krete sowng2..

    ReplyDelete
  7. Baguslah kalau ramai warga malaysia yg puji akan keberkesanan perkhidmatan awam spt JPN. mmg pihak kerajaan berusaha dah lama dah utk mudahkan rakyat! war-warkanlah kepuasan anda kpd saudara mara tapi...tang report polis tu jng tipu...tak baik tau!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. student takde duit, so pihak JPN tu paham kot. LOL

      Delete
  8. tp kan mcm mana plak klu tak pnh tuka ic lansung dendanye berape?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sudah namanya hilag, mesti kena denda.

      Delete
  9. saya kes yang lebih kurang dengan u, n juga dalam report nyatakan "saya sedari", tapi kena jugak denda rm 100++

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat muka sedih loh, hehe

      Delete
  10. betul ke ic ori boleh siap within 2 days je? kalau betul nak buat kat jpn putrajaya jugak. sebab urgent nak ic kot, semua urusan kena guna ic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehari pun boleh siap, tapi kena datang awal :D

      Delete
  11. baru g buat ic..
    tak tau plak kt siap cepat kt putrajaya.
    buat kt shah alam..
    amik masa 10hari plak..
    lambatnya siap..

    ReplyDelete
  12. tak siap2 pn lg ni, tggu dari pukul 11 x dapat proses lagi, banyak kaunter tutup plak.

    ReplyDelete
  13. Saya mengalami nasib yang sama gak.. sedih tol... tapi btul ke student dapt diskaun...?

    ReplyDelete

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.