-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap kali aku melepasi orang kurang upaya meminta sedekah, orang buta memainkan muzik, mak cik tua sebagai cleaner, pak cik tua uzur melakukan kerja berat... jauh dalam sudut hati aku akan berkata "kesiannya"... perasaan rasa kesian itu mungkin normal bagi manusia, tapi pada aku benda itu memang mendalam. Membuat diri sentiasa berfikir tentang hidup.


Hidup ini ramai yang kata tidak adil kerana ada yang lahirnya sebagai anak jutawan, ada yang lahirnya jelitawan, ada yang lahirnya dengan kepandaian, tidak kurang ada yang lahirnya anak jalanan, ada yang lahirnya tak cukup sifat dan ada yang lahirnya sebagai bebal. Adakah sengaja Allah jadikan kita sebegitu?

Memang manusia mahukan segalanya perfect, impian setiap orang mahu hidup hebat. Tetapi kita lupa bahawa yang hebat itu tak selalu terus hebat, dan yang perfect itu akan boleh hancur dalam sekelip mata. Variasi hidup manusia tak perlulah kita pertikaian. Ia telah diatur oleh Tuhan, dan sudah tentu ia memang terbaik untuk diri kita. Kalau kita rasakan kita kurang berkemampuan tapi di luar sana ramai yang mati kebuluran, kalau kita rasakan usaha selalu gagal dan terus kecewa,  renung sejenak ramai lagi manusia gagal mampu berjaya dalam hidup mereka..


Tanam lah impian, tak kira hasilnya berjaya, gagal atau semakin gagal ,tetapi ucaplah syukur.

Entry sekadar mengingatkan diri sendiri dari apa yang aku telah lupa....

Salam.

Aku rasa sudah lama tak berblogging. Konon je blog baru ini nak aktif, tapi tak bolelah der. Busy betul semester kali ini. Masa 24 jam  aku rasa macam 1 jam, kalau seminggu aku rasa macam sehari aje. Fuh kesibukkan pelajar (budget rajin ini),ekeke. Padahal hobi baru suka tidur.Haha.

So maybe kena curi masa sedikit untuk update. Buat permulaan entry sejak sudah 2 bulan tak menaip ini, aku share aje lah cerita ok. (otak belum panas nak berblogging semula). LOL.

Jom Layan "kambing":

Ada sesekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana hendak mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu.

Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelakkan bau busuk bangkai si kambing.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing.

Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Ðia melompat keluar dengan girangnya.

Pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudah. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah 94:5-6)

Sumber : Solusi Isu#32