-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ekspedisi konvoi kali ini ke Temerloh, Pahang. Sebuah bandar kecil yang popular dengan gelaran lubok penggemar ikan patin. Perjalanan hanya sejauh 200++ km , bermula dari Bukit Beruntung , melalui Batang Kali , Genting Sempah, Lebuhraya Karak dan seterusnya ke destinasi Temerloh.

Bertolak agak lewat kerana ada beberapa masalah teknikal , 9.45 pagi. Disebabkan keadaan jalan di Genting dan Karak  yang agak mendaki bukit, kami terpaksa ambil masa 2 jam untuk tiba di bandar Temerloh. Destinasi yang paling penting sudah semestinya Gerai Ikan Patin Pak Usop (pernah masuk majalah 3). Nasib baiklah senang nak jumpa. Kedudukan warung tersebut di lot corner Gerai Lurah Semantan. Betul-betul berhadapan dengan Sungai Pahang.


Setibanya di warung tersebut dengan excited giler, alamak! Kami terlepas , ikan patin gulai tempoyak sudah habis. Tapi rileks, sebab ada beberapa lagi batch. Kena tunggu lagi 30 minit untuk batch seterusnya siap dimasak.

Pak usop (bulatan) & abang aku. Terpaksa beliau melayan karenah kami yang hampeh,haha.

Lebih kurang 50 potong ikan patin dalam periuk ini.

Ce tengok muka dorang, mesti tak tahan nak melahap,haha. Padahal aku pun sama time ini,huhu.

Sampai ke hujung sana orang beratur.

Aku dah berebut, tapi dapat bahagian kepala je. Kalau dapat bahagian ekor puas hati sebab besar. Oh ya, sepotong RM8 sahaja, sebab ikan patin ini dari ternakan sangkar. Kalau ori sungai, mahu beratus! Orang sana cakap hanya pak menteri je lepak restoran patin sungai.

Selepas puas melantak patin, kami relaks kejap di masjid. Perjalan seterusnya ke rumah abang Joe di Felda Chini 3 yang mengambil masa 1 jam lebih (itu pun dah lalu jalan shorcut) , untuk bermalam di sana. Tapi petang itu sempat jugak lah meronda Tasik Chini dan felda tersebut. Wah! aktif sungguh orang-orang felda sana, jalan raya susah nak lengang, beza kebanyakkan felda di Johor. *70 % penduduk felda tersebut punyai rumah besar gaban, rezeki sawit. Ada juga sebuah Hummer aku nampak, mak aih! Berapa ribu tan lah sawit dia dapat sebulan itu kan.

Senarai harga sewa boat di Tasik Chini. Terdapat 12 tasik, ada juga perkampungan orang asli.*Banyak lagi gambar Tasik Chini yang menarik, tapi pada bro lain yang snap.

Keesokkan hari kami berangkat pulang ke Bukit Beruntung. 


*Memang teramat sedap lah masakan Pak Usop. Tak dapat nak gambarkan, yang pasti rasanya tak hanyir, apalah resepi beliau... so korang boleh cuba sendiri, meh datang sana!
Salam.

Akhirnya redha je lah wallet yang hilang akibat kecuaian aku sendiri. Boleh dikatakan semua dokumen penting ada dalam itu macam mycard , roadtax, lesen, kad matrik, kad bank dan termasuk beberapa helai duit lama yang aku memang kumpul. Hadoi, mengeluh jelah.

Kisahnya, aku solat agak  lewat ,sebelum itu ada hal masalah negara nak settlekan . So aku ambil keputusan stop solat dekat surau stesen petronas highway NKVE Ara Damansara. Banyak barang bawa oi, aku lupa bila time sembahyang yang aku letak wallet bawah beg. Nak cepat punya pasal lepas solat terus gerak capai beg JE... [CUAI]

Dari record CCTV, ada seorang mamat (pakaian agak smart) masuk ke surau, dia jumpa wallet aku dan pegang, then beliau sembahyang. Pastu habis solat, dia blah sambil pegang wallet aku itu. Jadi tanggapan aku adalah dia tak ada niat nak kebas: 2 function agak dia akan buat:

1) Dia akan beri kaunter, TAPI dari CCTV, beliau terus blah dan tak stop pun dekat cashier Petronas itu.
2) Dia akan bagi Polis @ Pos ke rumah. Ikut logik, biasa kalau tercicir barang dekat highway ini confirm lah susah untuk orang yang tercicir nak patah balik. TAPI dah 2 minggu tak ada respon.

Jadi, aku terpaksa buat baru untuk semua document penting itu.

Betul ! JPN di Putrajaya memang pantas. Aku buat proses mykad baru lebih kurang hanya 30 minit (dari ambil nombor giliran sampai ambil gambar dan i.c sementara).

Meh aku mudah kan jalan cerita.

1) Exit highway Hubungan Tengah atau Lebuh Ehsan dan terus ke Putrajaya, pergi arah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

2) Cari Presint 2, cari bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bukan macam aku mula-mula sesat termasuk ke JPN , rupanya tak perasan JPN yang itu stand for (Jab. Peguam Negara). Adoi malu. Tulah main redah.

3) Masuk pintu gerbang utama. Pastu nampak macam kat gambar bawah ini.

4) Terus naik escalator ke aras 2 (dua).


5) Sampai aras dua, belok kiri dan nampak kaunter pertanyaan dan nombor giliran. Apa lagi,minta lah nombor.

6) Tunggu giliran korang untuk proses dokumen. Jangan risau, tak ambil masa lama. Sebab ada 14 kaunter yang laju !!!

7) Lepas itu kena lah stay di kaunter 15, 16 atau 17 untuk ambil gambar dan i.c sementara.

8)Kalau nasib baik, korang dapat i.c hari itu juga, kalau tak esoknya lah. Cepat kan? Kalau JPN cawangan paling-paling ambil masa 2-3 jam untuk proses. Nak tunggu i.c siap pula dalam 1-2 minggu.

*Bersyukur, aku tak kena denda. Patutnya memang kes kecuaian kena denda. Tapi disebabkan dalam report polis itu tak bubuh "saya cuai", tapi aku letak "tiba-tiba saya sedari", so dianggap kes aku itu macam kecurian lah,haha. Lain-lain kes dikecualikan denda untuk kes curi, rompak, OKU, kemusnahan alam.

Tapi kalau korang student, bawa lah kad matrix atau salinan surat tawaran, atau apa aje yang bukti yang korang adalah pelajar untuk dapat diskaun 50%  dari jumlah denda full. Untuk full denda 1st hilang Rm110, 2nd hilang Rm210, 3rd dan seterusnya (maximum) Rm310.