-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Masa ada kuliah, memang berat badan agak ok lah kan. Banyak aktiviti ke sana ke sini, hidup aktif lah katakan, chewah... Berat badan pun maintain ideal ,tak naik tak turun. Sebab lain mungkin faktor pemakanan yang agak diet. Ceh diet habis, padahal budget, haha.

 
Bila habis je cuti semester, confirm berat badan naik mendadak ! Padahal cuti sebulan aje, tapi boleh naik sampai 10kg tu ha! Hebat ohhh. Perut membesar atau naik macam perempuan mengandung. Haha. Nak kata makan tidur aje aktivitinya, tak logik jugak. Muda remaja lelaki ini kuat merayap ke hulu ke hilir. Kesimpulannya, itu lah dinamakan senang hati hidup di rumah. Hehe
Melayan drama Cinta (kebiasaan Melayu) yang punyai jalan cerita yang agak menarik pada awal  babak. Watak hero dan heroin sanggat romantik. Pertemuan yang agak sweet aje. Semua macam best bila kita tonton. Alahai semua yang berbunga-bunga punya babak.

Sampai pertengahan jalan cerita, mulalah ada si dengki , si busuk hati , si Perasaan Hasad Dengki (pHD) dan pelbagai lagi watak mucul. Membuatkan babak penceritaan lebih tegang, rasa sakit hati je tengok. Perubahan emosi akan berlaku! Mulut kita pun akan kutuk mengutuk itu ini tak kiralah si pembawa watak jahat dan juga hero heroin. Haha. Sure punya kita akan maki. Sebagai contoh ayat," Bodoh betol si A itu", "Apasal lah mamat itu lambat sangat", "Kalaulah perempuan itu bagitahu dia suka dekat lelaki itu awal kan bagus","Aduh bapak dia paksa kahwin dengan perempuan lain, bongok betul". Haha. Macam-macam lagi lah, terus jadi  pengulas tegar.

Yang pasti akhirnya hero heroin tetap bersama (99%).