-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tenangkanlah perasaan aku sekarang.


Erk kenyang lepas sahur diluar. Ok mood baik aku datang untuk entry yang lebih jelas tentang perempuan makeup tebal atau lebih baik lagi makeup "fake" ~

Makeup oh makeup ! kih kih kih.

Perempuan tak lari dari makeup. tapi itu adat lah. Tapi juga ada masalahnya bagi sesetengah perempuan,Haha. Kenapa dia ya? Makeup tebal? LOL . Untuk menutup segala kawah di muka. Apa itu kawah ye? iaitu jerawat !!! Muka kalau sudah jerawat maka makeuplah penutupnya.lalalalala~ 

Lain kes pula, kalau kulit tak putih, maka makeup tebal juga akan dipakai, sebab akan menampakkan muka lebih putih, erk! Tapi silap lah kalau tengok warna tangan pun tak putih. LOL

Makeup oh makeup tebal, dengan makeup tebal makanya fake akan berlaku disitu. Maka jantan sana sini akan terpukau dek kerana fake yang sangat fake. Maka secara tak langsung rantaian fake juga akan berlaku iaitu mendapat pujian fake dari para jantan. Sekali para jantan lihat muka sebenar, OMG pengsan!

Apa yang aku cuba sampaikan disini adalah. natural lah ketika bermakeup, pakai sikit-sikit sudah lah, jangan lah makeup TEBAL ok, makeup sampai jadi fake, makeup sampai menipu orang aje. Makeup fake ini sesuai untuk pengantin aje, bukan untuk pergi bersiar-siar depan  rumah. LOL

Mungkin akan ada yang terasa dengan entry ini kan. Tapi serius dengan ada nya makeup fake makanya ramai orang akan tertipu termasuklah perempuan yang melihat. Orang yang makeup fake akan kelihatan "hebat" dan lebih "hebat" apabila di dalam gambar, padahal secara realitinya TAK LANGSUNG. Oleh itu para lelaki jangan mudah terpadaya dengan makeup fake yang diupload di facebook, blog, twitter dan seangkatannya !!!

Kepada yang makeup fake, orang termuntah bila lihat anda tanpa makeup. Kih kih kih


Baju corak askar yang cute.

Pada 3 Julai 2012 yang lalu lahirlah anak saudara yang baru merangkap anak first atau sulung akak aku. Tapi disebabkan jadual padat dengan final exam, so tak dapatlah aku jenguk awal-awal. Habis je exam hari itu apa lagi, tak sabar sangat nak jumpa baby lelaki lah kan.

Kekasih aku pun nak ikut, dia lagi excited dari aku, asyik tanya aje ea bila anak si kak efa nak keluar.Hehe.Comel betul bayi besar ini. Ditakdirkan bertuah lah akak aku ini sebab berjaya melahirkan anaknya secara normal. Oh ya, nama timangan baby cutel ini "Haikal". *Lebih kurang nama daddy dia "Khaled".

Haikal ini kecil je.Lahir lebih kurang 2.05 kg, tapi lepas 2 minggu sekejap aje naik terus  2.5kg . Kelakar juga bila tengok akak aku ini jadi ibu.Haha. Yelah dia akak yang memang betul-betul atas aku, gaduh tarik rambut semua dengan dia, tup-tup dah jadi ibu. Sekelip mata aje kan,haha. *Lepas ini turn aku kahwin pula seh.

Si haikal ini baby pemalu dan pendiam, sama macam bayi besar itu pemalu dan pendiam :P


Yang paling best, jeng-jeng. dinda aku pun ikut sama ke sana. Suka betul dinda ea. Excited, tak makan saiko pun dia. Dekatkan lagi ukhuwah.Hehe. Respek betul dengan abah aku, dari dulu dia memang tak sombong dengan teman wanita anak-anak dia (ceh skema ayat), tapi kalau akak-akak aku dulu bawa jumpa boyfriend memang abah aku buat muka poyo.Haha. Mak pula memang jenis pendiam,tapi dia asyik puji dinda, cantik cantik cantik. Inshallah mak diberi kesihatan supaya kitorang diperjodohkan. Amin *Mak dah restu sayang,siap doakan lagi :D

3 hari 2 malam dekat sana, memang jarang dengar Haikal menangis.Senang je nak jaga haikal ini. Kasi susu, tukar pampers, tidurlah lah dia.

Ini gambar sebelum Haikal kena cium.

Lepas kena cium dengan gadis cantik, terus besar mata dia. Oh nakal ea kata mommy dia.

Alhamdulillah, bertambah lagi keluarga Encik Aman dan Pn Rosminah.
Kepada dinda, terima kasih sangat. makin kedepan langkah dia ea. Steps by steps, semua orang kuat dah jumpa dia. :D :D :D