-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Assalamualaikum...





Pergh. Tajuk ini macam best je kan. Tapi sebenarnya memang best untuk diambil tahu. Sebagai pedoman dan iktibar, aku share 1 cerita kisah benar, harap korang habiskan pembacaan:



Saya berumur awal 30an dan belum pernah berkahwin. Pernah melalui proses berkawan, bercinta beberapa kali tidak kira lelaki sebaya, muda mahupun jauh lebih tua, bujang ada juga suami orang. Namun jodoh belum menjengah agaknya hingga hari ini  masih bersendirian. Saya tak pernah berputus asa untuk memulakan hubungan dengan sesiapa yang berpotensi dijadikan calon suami namun akhirnya istikharah juga rujukan saya dan jawapannya selalu negative. Akhirnya pada awal tahun lalu saya mendaftarkan diri dalam laman mencari jodoh antarabangsa (manalah tahu jodoh saya orang luar kot). Saya meletakkan profile yang sederhana dengan gambar paling kurang menarik (kononnya nak cari lelaki yang tidak memandang rupa padahal saya tak lah hodoh pun). Disinilah kisah penuh pengajaran itu bermula.
 Setelah beberapa bulan mendaftar ramai juga menunjukkan minat cuma belum ada yang betul-betul menunjukkan kesungguhan (dah agak dah rupa paras jugak yg jadi ukuran) hinggalah saya tertarik pada satu email kelihatan amat bersungguh. Kerana tertarik dengan kata2 yg sungguh manis dan profile lelaki tersebut “mantap” saya memberi respon baik dan kami saling berbalas email. Lelaki tersebut mengakui dia berbangsa Eropah berasal daripada United Kingdom dan kini berada di Sarawak kerana terlibat dalam satu projek pembinaan yg diusahakan oleh syarikat miliknya (mantap tak mantap).
 Dua bulan pertama berbalas email dan sms serta panggilan telefon juga kadangkala YM segalanya berjalan lancar. Cuma isu besar yg selalu ditekankan bila saya ajak berjumpa bertentang mata, dia seakan mengelak kerana sibuk menguruskan material projek pembinaan. Sempat juga dalam tempoh tersebut dia kembali ke UK selama 2 minggu (dia memang ke UK kerana saya ada menghubungi dia melalui no. UK ) menguruskan kontena yang mengandungi material bahan binaan. Namun kesungguhan, sikap ambil berat dan perhatian terhadap saya serta janji manis tahap luar biasa di taburkan kadangkala membuatkan saya menerima sahaja alasan tersebut dan sabar. Namun dalam pada masa yg sama istikharah tak pernah putus, setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya saya ambil kira setiap satu. Dalam pada itu banyak juga perkara yg diceritakan kadangkala tak sequence, dan bila saya bertanyakan kembali ada sahaja alasan untuk menutupi kelemahan tersebut. Selalunya dia akan memujuk dengan kata yg amat indah hingga saya seolah boleh sahaja melupakan kekhilafan tersebut.
 Berbalik kepada kontena kononnya diuruskan daripada UK untuk di hantar ke Sarawak dikhabarkan mengalami masalah. Setelah lebih 2 minggu kontena tersebut tak lepas dan terpaksa di tahan oleh pihak kastam. Dalam pada itu banyak jugalah dia mengadu kononnya ada masalah dgn kementerian itulah inilah….(sebenarnya mendengar perkataan kastam pun saya dah cuak giler….sebab banyak kes penipuan org suka libatkan pihak kastam ni…..kesian kastam). Dalam cuak tu beberapa hari jugalah terpaksa mendengar masalah dia berkaitan kastam demi meraih simpati daripada saya (betul pelakon tahap Gred A). Saya tak lah terus serkap jarang tapi memilih utk menunjukkan simpati kerana rasa ada yg tak kena dgn lelaki nih. Alang berniat ingin mengetahui sejauh mana lakonan tersebut harus sahaja ikuti sejauh mana dia blh berlakon. Dan akhirnya hari kemuncaknya tiba jua….
 Hari itu kononnya dia akan berurusan dgn pegawai kastam terbabit. Dalam pada itu dia menelefon saya mengatakan kakitangan kastam tersebut mahu bercakap sendiri dgn saya kerana ada masalah komunikasi dgn dia kerana perbezaan bahasalah kononnya…..Huh…dah agak dah perempuan yg mengaku pegawai kastam tu mulalah merapu meneruskan legasi pembohongan yg dimulakan oleh kawan lelaki saya tadi…..kononnya dia cuba nak memahamkan kawan lelaki saya tadi berkenaan duti import yang harus dibayar yg kononnya mencecah RM250000….huhu…sebenarnya cara perempuan tersebut menerangkan serta menjawab kemusyikalan saya banyak yang boleh dipertikaikan. Syukurlah sebelum ni saya pernah menguruskan perkara berkaitan kastam melalui pengalaman bekerja masa lalu. Malas nak dengar lebih banyak diorang merapu soalan saya senang sahaja pada kedua mangkuk tersebut…..So….what should I do for you? Dan jawapan yang saya dah agak….dia nak pinjam duit daripada saya RM5000 kerana duit yg ada padanya tak mencukupi……malas nak cakap byk coz takut saya akan menyumpah seranah terus sahaja letak telefon…..terus lagi ke tikar sembahyang istikharah 12 rakaat dan akhirnya Allah memberikan saya satu lagi kelapangan bahawa lelaki itu bukan terbaik untukku……
 Moral daripada cerita ini khusus kepada wanita di luar sana (terutama yang belum bertemu jodoh):
1)Sebagai perempuan yg melewati umur jangan sesekali kita mudah putus asa untuk mencari jodoh yang terbaik utk kita. Kadangkala mungkin kita terlalu “demanding” sebab itu Allah lambatkan jodoh kita. Anggaplah calon suami kita sedang berusaha memenuhi criteria yang kita impikan. Huhuhu…
2) Dalam usaha kita mencari jodoh pasti kita akan menemui lelaki pelbagai  "warna" yang kadangkala sukar dijangka. Kelihatan baik luarannya blm tentu ikhlas hatinya. Oleh itu, jangan sesekali menjauhi istikharah dalam membuat pilihan. Sekiranya mengalami sebarang kebuntuan, rujuklah pada Allah kerana dia maha luas pengetahuan berbanding mengadu sesama manusia yang sangat terbatas akal fikiran serta ilmunya.
3) Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu serta janji2 manis lelaki. Cintailah mereka dengan akal bukan nafsu semata. Jaga kehormatan diri sebaiknya kerana perempuan yang baik hanya utk lelaki yang baik.
4)      Jgn sesekali transfer duit pada lelaki yg blm cukup kita kenali, x kiralah apapun alasannya. Lelaki yg berkualiti dan bermaruah tidak akan meminta2 duit daripada perempuan yang lemah yang sepatutnya dilindungi bukan diletakkan beban di atasnya.
Hurm,pada aku kes macam ini sudah selalu berlaku. Tak kira mangsa sama  ada lelaki atau wanita. Sangat bahaya owh! Demi duit, sanggup berlakon pelbagai watak. Aduh. 
Assalamualaikum.


Orang lain cemerlang, kenapa aku tak? Ini cerita dari pengalaman aku sendiri sebagai pelajar. Masa diploma dahulu ada seorang member baik, namanya Hafizuddin (bukan nama sebenar). Dia memang seorang yang selamba, rileks , cool dan maintain. Kalau tengok muka memang macam "poyo" jek kan.haha.


Hobinya suka sangat main game. Biasa lah orang lelaki yang memang dah sebati dengan dunia game iaitu DOTA. Dari pagi sampai ke malam, dari malam sampai ke pagi , lepas itu pagi ke malam , game DOTA saje lah yang dilayan. Semua map terbaru habis dijelajah, semua character game dihafal. Hebat-hebat. Tak makan pun , dia tak kisah. Lebih dari itu, tak tidur pun tak kisah. Janji dapat dilepas nafsu game itu. Dia main game tapi belajar tak? Kalau sudah 24 jam dilayan game, soryyyy. Buku pun tak tersusun, sepah sana sini. Lagikan nak belajar.

So kelas macam mana? Dia pergi tak? Nak pergi kelas itu agak susah. Kalau seminggu boleh dihitung berapa kerat je yang attend. Itu pun sebab dia kena paksa. Kalau dalam kelas separuh masa je dia memang focus, selebihnya lagi tidoooo.haha. Lecturer hanya tersenyum . Sudah agak! LOL.


Bila dapat result test, mestilah kita budget dia akan fail kan. Tersilap owh! Dia boleh dikategorikan pelajar cemerlang. Aku yang buat homework, dia pula tak buat, aku yang susah nak skip class, dia selalu ponteng, aku belajar, dia main game atau tidur, tapi bila exam aku yang markah sikit, dia markah lebih. Apakah?
Mungkin korang sendiri pernah ada member macam ini.Ya, itu dinamakan kelebihan yang diberikan Allah kepada setiap insan terpilih. Setiap dari kita memang ada "sesuatu special" khas diberikan Allah.

Oh ya, ini aku nak kongsi satu artikel menarik yang ditulis oleh Abu Hanifah, tenang je bila baca. Beliau menerangkan sedikit ringkas tentang apa itu Istidraj.  Ini aku copy paste dari ayat beliau :
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
 Insya'Allah , korang akan berasa tenang juga bila baca artikel ini. Malah semangat juga terbakar.hehe. Jom baca. {tekan sini}

Berbalik dari isu kawan aku tadi, dia hanya dapat bertahan sampai semester ke-4 je. So maknanya dia kena tendang dan tak habis belajar. Isunya sebab kehadiran yang tak sampai 80%, mana boleh masuk exam. Kalau nak masuk juga pun hanya sia-sia lah. Tambahan dia ini dah menunjukkan tanda-tanda malas nak belajar. Sayang cukup sayang. Seorang yang dianggap genius tak gunakan peluang kelebihan yang ada. Sekarang ini aku dah tahu khabar berita dia...

Dari kesimpulannya aku buat, kita jangan cepat mengalah dalam setiap perkara. JANGAN sebut ayat yang mungkin menyebabkan kita kufur nikmat owh! Paling penting berusaha, jangan cepat mengalah. Kalau hasilnya tak adil dengan apa yang kita buat, ya itu ujian. Ada lain yang terbaik untuk kita mungkin?
Assalamualaikum.


Huh? Apa jenis brand tu? Tipu kalau korang tak pernah dengar nama Roti Gardenia kan? Satu jenama buatan Malaysia yang memang famous kerana tahap kesedapannya. Salah satu yang paling aku minat adalah roti gardenia butterscotch. Makan selamba sahaja,  tak perlu letak jem , cicah atau apa-apa aje.hehe. Tak maw tulis panjang lebar pasal roti ini, sebab aku mahu tulis secara ringkas perihal kisah disebalik pemilik atau tuan CEO syarikat ini. Layannn.

Macam tak percaya! Pertama kali dulu aku tak budget yang pemilik syarikat ini orang melayu terkaya malaysia mahupun di dunia. Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Seorang yang belatar belakang datang dari keluarga miskin semasa kecil. Kisah hidup beliau memang sangat aku kagum. Seawal sekolah rendah, kecil-kecil lagi sudah pandai membantu ibunya menanam sayur , berniaga di pasar dan menjual roti canai. Bila habis waktu sekolah pula, sebelah petang  pergi bantu ayahnya mengembala haiwan ternakan. Dari situ kita dah nampak kesungguhan beliau kan. Kalau kecil-kecil aku dulu asyik main je tahu, hehe.

Dari titik permulaan perniagaan penternakkan bapanya jadi muflis , akibat jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. Habis semua hancur lebur pernigaan itu. Tapi bagi Tan Sri benda itu sebagai cabaran. Orang kata dari kesusahan itu lah kita belajar macam mana nak berjaya. Tak semudah itu aje, beliau buat bisnes pengangkutan. Semakin hari, semakin berjaya. Beliau ceburi pula bisnes berasaskan beras. Terbukti juga berjaya dan semakin berkembang dan terus berkembang , ditambah lagi perniagaan pakaian dan perkapalan. Tak lupa juga bisnes roti buku gardenia ini,hehe.

Jasa Tan Sri ini memang banyak, sama ada dalam komuniti masyarakat atau agama. Teringat dahulu masa tahun aku ambil SPM, Yayasan Al Bukhary (badan kebajikkan yang beliau tubuhkan) telah support dari buku ulangkaji sampailah ke kelas tuisyen kitorang. Semuanya free of charge, kami hanya perlu datang je. Alhamdulillah. Beliau ini tak fikir dunia semata, akhirat tak dilupa. Bak kata beliau," Saya tidak mengumpul harta untuk isteri dan anak... wang bukan segala-galanya. Apa yang membantu saya masa hadapan adalah kebaikkan yang dilakukan".


Memang Tan Sri Syed Mokhtar ini jadi role model aku untuk berjaya. Beliau punya semangat kental dan kuat dalam hidupnya. Bayangkan orang yang dilahirkan ZERO boleh jadi Jutawan owh. Terbakar dan meluap-luap hati aku nak berjaya macam beliau.
Assalamualaikum.

Ini adalah entry yang ke-3 untuk blog baru ini, hehe. Semalam aku tulis pasal awek tak romantik, dan cara macam mana nak jadi romantik yang boleh orang perempuan amalkan. Tapi banyak respon readers salah faham . LOL. Diorang fikir entry untuk lelaki kot. Atau main skip baca? Tapi takpe, aku memang suke buat entry panjang berjela. hehe.



Berbalik pada tajuk entry, Aku ego. Siapa "aku" itu? Aku itu merujuk diri aku sebagai lelaki. Sesetengah perempuan suka menyalah ego lelaki dalam sesuatu perkara. Betul kan? hehe. Cakap yang lelaki ini tiada perasaan, tak ambil  peduli, lantak lah. Semua benda lelaki anggap perkara temeh. Memang betul, aku sebagai lelaki memang tak sanggah yang lelaki ini ego 100%.

Banyak perempuan asyik tension dengan diorang punya pakwe. Cakap tak faham perasaan diorang, lepas itu merajuk tak sudah. Atoyai. Bab pujuk memujuk , lelaki memang fail, lagi-lagi aku ini, haha. Bukan lelaki tak faham , bukan lelaki tak mengerti. Nak tahu sebabnya? Meh kasi tunjuk sifat basic lelaki yang termasuk egonya :

1. Suka benda simple.
Lelaki tak suka benda atau sesuatu yang kompleks, tapi suka yang mudah. Mudah tapi kemas. Bukan maksud lelaki itu malas nak buat kerja, tapi malas nak fikir lama-lama. So perempuan yang memang terkenal dengan "suka buat benda senang jadi susah" , apa lagi memang makin malas lah orang lelaki nak melayan karenah itu.

2. Jangan dipaksa.
Suruh buat ini, suruh buat itu. Pot pet pot pet. Membebel je kerjanya. Pedih telinga mahu dengar wooo. Sifat lelaki suka buat kerja tanpa paksaan. Kalau paksa juga alamatnya buruk jadinya sebabnya rimas ! Rimas dan lemas.haha.

3. Tak suka dikritik.
Ini kategori tahap ego tinggi. Mengkritik biasanya ayat menghentam. Aku pun memang tak boleh terima,hehe. Melainkan beri pendapat yang membantu kembangkan idea, bukan mematikan terus idea itu. Bayangkan kalau tengah buat kerja, si awek / bini cakap itu tak kena, tak cantik , tak  sesuai, dan segalanya takkk. Memang orang lelaki tak kan siapkan terus !

4. Susah hendak emosi.
Bila perempuan dah merajuk. Erkkk. "Apa aku nak buat ini?". Haha. Serius, lelaki amat susah nak beremosi. So mulalah senyap je , pastu fikir apa perlu buat.  Kalau lambat tindakan memang perempuan akan kata kita tak memahami. Aduh!


5. Suka pada keJujuran dan terus terang.
Ada kaitan sikit dengan nombor 1, lelaki suka simple. Tak suka sangat fikir jauh-jauh, so biasanya lelaki akan cakap jujur dan direct je. Kalau awek dia pakai shawl tak cantik, lelaki akan cakap  tak cantik. Kalau time dating si lelaki terlihat awek lain cun then puji , tak bermakna orang lelaki suka. Itu dia kejujuran lelaki !

Dengan adanya 5 asas perangai lelaki ini, harap korang yang perempuan faham. Lelaki memang dilahirkan untuk bersifat sedemikian. Cuba korang fikir kalau lelaki ini complicated , tak kisah dipaksa, suka dikritik, mudah beremosi dan berlapik dalam kata-kata seperti kaum perempuan? Bermakna ego dalam setiap perkara tadi takde? Alamatnya ciri-ciri pemimpin atau keluarga yang dipegang lelaki memang tiada. Sebab ciri-ciri tadi adalah simbol ketegasan. Ego kena pada tahapnya.

Satu je perempuan kena tahu, lelaki tak suka perkara "melemaskan". Bak lagu lemas nyanyian Ruffedge.
Assalamualaikum.

Yeah, sukanya hati dapat menulis blog. Yelah sudah lama tak menaip papan kekunci ini,hehe, Tengok ayat pun dah jadi skema lema kan? Dunia blog sebenarnya sudah lama ditinggalkan atas sebab tertentu, alasan yang masih  kukuh lah tu kononnya, Tapi takpa, sekarang aku sudah kembali mewarnai dunia blogger tempatan, Jadi freshie dan kena mula  dari hujung nun di bawah.

Apa sudah jadi dengan para blogger yang aku kenali dulu kala agaknya. Tapi masih dapat dengar khabar sesetengah dari diorang. Yang semakin gempak dan terus meningkat. Kalau aku perkenalkan diri maybe diorang sudah lupa sama guer, haha.

Menjadi penulis bebas di sesawang malaya sejak 2008, maybe itu tarikh tak dapat dilupakan, eceh! Aku ibarat blogger yang tak ada masa dengan blognya, umpama pakwe yang busy melayan karenah aweknya  gitu, :) Serius sangat memang minat dengan dunia blogger ini banyak sebab :

blog itu macam diary milik kita.

Aku rasa korang selalu dengar perkataan, " aku punya blog, suka hati aku lah". LAntaklah nak masuk cerita pergi sana, buat apa, kisah pakwe hensem ( blogger awek suka buat cerita camni,hehe) , entry pun macam updated status Facebook je kan. Bila dah tua, cucu cicit pun boleh baca apa kebenda yang ditulis kita muda mudi. Iya pak, pada pendapat aku blog kita memang suka hati kita nak menulis selagi ada etika yang mesti dipatuhi. Benda ini rasanya semua orang matang tahu kan? Alolo contohnya menulis blog yang sedap dibaca ayatnya dan syahdu je. Takdalah memaki hamun senang citer. hoho. Mudahan aku nanti bila semakin aktif tak jadi tetap maintain . Please no war.

Lagi sebab aku suka blog:

Macam-macam ada.

Ya! Kawan, ilmu dan maklumat ! Even kita sendiri tak pernah berjumpa sesama blogger tetapi ilmu dapat dikongsi melalui penulisan. Penulisan yang berilmu pula dianggap sebagai maklumat ! Hurm, Ada lagi !Special nya dalam penulisan blogger ini kebanyakkan menceritakan sesuatu yang amat jarang sekali diceritakan oleh surat khabar atau pun TV. Contohnya negeri aku Johor makan pisang goreng cecah sambal kicap. Then aku tulis dalam blog siap dengan gambarnya lagi. Pastu lagi, korang baca. So disitu info secara tak lansung diterima kan2? hehe. Kisah kisah menarik para blogger menjadi pengalaman juga pada kita.

Oklah setakat 2 3 kerat perenggan dah cukup kot untuk entry pertama blog ini pak. Sebelum itu, aku perkenalkan diri sebagai fiDooo. Ha, nama jelah dulu. Nanti entry lain kita baru kenal mengenal ok. JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI ! TQ