-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Haha, saja je kasi tambah perkataan "Hot" kat belakang tajuk itu kan, keyword je lebih, ekekeke.

Kartun bawah ini aku rasa memang realiti zaman sekarang, banyak betul perempuan suka dirinya dikongkong oleh pasangan lelaki masing-masing begitu juga sebaliknya lelaki yang terpaksa mengikut telunjuk teman wanita, Haha. Lawak seh ! Kes macam ini pun ada kan.

Untuk bahagia ke?
.
Belum tentu dia akan jadi suami/isteri kita lah bro, tak perlulah sampai nak bersyarat macam itu. Tak kasi kawan sana sini, ok lah aku setuju sangat kalau girlfriend/boyfriend ada syarat macam itu means tak kasi approve/add kawan facebook yang tak dikenali (kalau aku pun tak nak terima sesiapa tak kenal). Tapi yang pelik tak perlulah kawan sekelas (contohnya yang sememangnya kita sangat kenal) pun tak kasi bro? Ekekeke.

Kadang-kadang itulah, kesian aku tengok beberapa kawan aku yang menerima nasib macam itu. Usia muda remaja dihabiskan begitu sahaja dek kerana impian yang belum pasti menjelma. :P LOL Orang lain boleh bersosial secara positif dengan kawan-kawan, tapi dia kena mintak permission dahulu (macam isteri mintak izin suami daaaa) baru boleh keluar.

Secara jujur, tak perlulah sangat nak mengongkong, kerana itu sudah menyalahi hak asasi manusia dan boleh dilaporkan ke pihak SUHAKAM.. Tehee.

Like itu suka !!!
Salam 1 Bumi.

Sudah lama aku buat kartun bawah ini, cuma itu lah tak ada masa nak masukkan dalam blog. Sebelum operasi kemas fail dan clean desktop, so better baik aku cepat-cepat update... Desktop gua dah macam apa daaa. Banyak sangat kartun bersepah, Haha... Yang tak jadi kartun terlalu berlambak, jadi lepas update entry ini, kasi buang semua yang tak berguna lagi. Habis madu sepah dibuang lah kot.

Ikutilah jalan cerita simple, Ok jom :
.
Suatu petang hari minggu di Stesen Ktm KL Central yang penuh sesak, orang ramai berpusu-pusu menaiki coach  yang lambat sampai. Biasa r kan, Ktm kan memang terkenal dengan kelewatan jadual perjalanan. Haha. Kepada pihak Ktm, ini reality ye . Peace!
.
Disebabkan coach untuk wanita sudah penuh, so wanita hot yang berbaju pink ini masuklah ke gerabak umum. Beliau berdiri di hadapan seorang lelaki yang macho *kot . Lelaki itu senyum, dia pun senyum. Perempuan ini budget hot dan cun lah itu sebab mendapat senyuman, LOL. Tiba-tiba lelaki itu bangun.
.
Perempuan ini menolak lelaki tadi supaya duduk semula. "Gentleman sungguh mamat hensem ini", dalam hati perempuan itu. Yelah, kan banyak lelaki gentleman biasanya akan kasi perempuan duduk.  Ekekekeke. Kalau gua lah takde makna. Lainlah mak cik tua @ sarat mengandung.
.
Lelaki itu mula menunjukkan iras muka yang amat bersalah. 
.
Dia cuba bangun lagi sekali, tetapi ditahan oleh perempuan itu. Perempuan itu tak mahu diberi layanan 1st lady, hahahahaha... *iklan = penumpang yang duduk depan itu sempat korek hidung mendengar karenah dua orang itu...
.
.
.
.
.
.
.
Akibat rasa bersalah yang meluap-luap, maka lelaki itu
.
.
.
.
.
Itulah, lain kali jangan perah santan sangat. Janganlah budget HOT.

Ada beberapa masalah teknikal dalam gambar, tingkap komuter ini macam flight lah pulok, kih kih kih.

Like itu suka !!!
Walaupun pasukan kebangsaan kita kalah tipis pada perlawanan persahabatan EPL Asia Tour menentang Chelsea, tapi dari apa yang aku lihat, perghhh.. Pasukan Harimau Muda memang terbaik sepanjang perlawanan. Berani menentang, takda perasaan gentar pun walaupun mereka sedar lawan mereka bukan calang-calang.

Barisan serangan, tengah, pertahanan semuanya mantap! Alahai, gol Chelsea dari tendangan Drogba tadi itu pun nasib baik saat akhir je, terpantul kena badan keeper .Ada orang kata tak gol sebab tak melepasi garisan putih gol. Entahlah kan.

Tapi walau macam mana pun, tak sabar aku ! Aku rasa terpanggil untuk turun melihat aksi Harimau Malaya menentang Singapura nanti ! Ini yang tak sabar nak book tiket awal-awal, Haha.

Drogba memuji Malaysia, dalam hati beliau kot. LOL.

*Sorilah gambar jersey macam pelik jek, Kih kih kih.
Tekan like kalau sudi =D
Aku bukan ada mood jiwang pun, haha.  Tapi saje cuba try test buat kartun yang tak seberapa ini je.
Ikuti kisah "Sms putus cinta paling sakit hati" di bawah ini:

Pada suatu hari, seorang awek telah menghantar sms break up a.k.a bercerai talak 1.

Dan apabila si Pakwe menerima...
Dia memang begitu kecewa tahap dewa. Sampai terduduk lagi tu ha... Mengenangkan perhubungan mereka yang hampir mencecah 20 tahun ( hyperbola betul ini, haha).

Selang beberapa minit...
-
--
---
----
-----
------
------
--------
----------
------------
---------------
-----------------
---------------------
------------------------
---------------------------

Si awek telah menghantar 1 sms lagi yang berbunyi:
-
--
---
Apa? Salah hantar? So maknanya?
.
Maknanya sah-sah yang awek beliau sudah bermain kayu tiga dengan jantan lain !!! Awek beliau dayus, ekekeke... Hati beliau yang sedih bertukar geram lalu meng-headshot kepala awek nya itu (Macam kes cinta 3 segi yang famous dulu itu)...

SEDIH + KECEWA + SAKIT HATI + MALANG = memang banyak perempuan yang mulakan. LOL (gurau je lah...)

Like jika anda setuju dan tak setuju. Tehee !
Benda ini biasa r terjadi kalau lepas gaduh, marah, tak puas hati, dendam, putus dengan teman lelaki aka boyfriend. Tapi tak akan terjadi kalau gaduh, putus dengan boyfriendS .Haha.

Tak dapat nak pukul, sepak,  tampar lelaki itu, dapat baling handphone pun cukuplah. Lagi best kalau handphone lelaki itu yang bagi. LOL.

Realiti oh realiti...
Normal la itu, kih kih kih.

Like kalau setuju...
Kali ini mari kita kupaskan masalah konflik gender lelaki yang menjadi ala-ala perempuan,hehe. Aku bukan pakar psikologi pun nak cakap lebih-lebih , tapi ada beberapa asas yang menjadi punca mereka (kaum adam) menjadi atau bertukar jantina ke wanita. Jom  layan kartun macam biasa lah:

Biasanya golongan ini memang agak susah nak detect, lagi-lagi yang dari Siam. Badan ramping macam kerengga, kulit halus, muka mulus..Kalah perempuan seh! Hanya suara yang mengkantoikan mereka. Hehe.

Kebiasaan mak nyah ini memang dari kecil dah lembut, sopan santun. Naluri mereka lebih ke arah perempuan. Bermain anak patung, masak-masak dan bersolek menjadi  perkara biasa.

Dari apa yang aku pernah perhatikan kebiasaan mak nyah ini salah pilih kawan (orang sekeliling) , tu yang ramai mak nyah muncul di Universiti. Siap ada persatuan mak nyah underground lagi! Pergi club mak nyah, ladies night , macam-macam lah kelab. Second point, dah jauh dari mak bapa, lagi lah tak ada siapa yang berani tegur mereka. Kalau tak teguh pendirian, memang mudah terjerumus lah dalam dunia tersendiri ini.

Tapi ada yang mencuba kembali normal, masyarakat kita pun silap, terlalu pandang negatif terhadap dorang ini. Sepatutnya golongan ini perlu diberi perhatian dan sokongan supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Banyak diantara mereka nak berubah, tapi tulah asyik dihina dan dicaci... Mereka pun manusia biasa, sering buat kekhilafan, tapi adakah hanya kesilapan ini mereka perlu dihukum selamanya?

Tetapi banyak juga yang berjaya menjadi lelaki normal yang macho, maskulin, gagah, hero. Dalam kes nak berubah ini, aku rasa sangat susah berjaya. Susah memang susah. Tapi kalau ada sokongan padu keluarga, kawan, dan seluruh lapisan masyarakat , tiada yang mustahil. Orang yang bermasalah addict dadah pun boleh berjaya insaf, lagikan golongan ini yang hanya perlu diberi sedikit suntikan semangat , confirm boleh berubah!  


Cerita tambahan:

Dulu kat hostel sekolah, aku ada junior (lelaki lah kan).  Pada satu malam lah kan, dia telah *%#@$^ member aku punya tut.Tapi masa itu tak dapat detect siapa yang buat. Nak dipendekkan cerita, sebelum budak itu pindah sekolah, dia ada bagi surat minta maaf kat kawan aku itu , dia mengaku yang dia buat benda tak senonoh itu, banyak kali juga. 

Sejarahnya, mak bapa dia terlalu inginkan anak perempuan, sampaikan jumpa bomoh jampi serapah. Tapi yang lahir dia (anak lelaki), jadi mak bapa dia amat kecewa, sehingga pinggirkan dan dia dibagi kepada keluarga angkat. Ntah nasib dia tak baik, dia diliwat oleh pekerja keluarga angkat nya. Itu yang dia jadi hamba seks. Kesian...

Dalam hal ini, ibu bapa harus bertanggungjawab. Sepatutnya mereka bersyukur dikurniakan rezeki anak dan redha dengan ketentuan Ilahi. Bimbinglah anak itu, bukan sebaliknya. Tanggungjawab kawan-kawan juga perlu sebab mereka lah yang paling rapat dan mudah untuk memberi nasihat & teguran positif.

*Aku ada juga kawan dari golongan ini, mereka Ok sebenarnya, cuba membezakan adalah perwatakkan. Tak ada yang nak ditakuti, dihina, dicaci golongan seperti ini. Doakan mereka kembali ke asal. Aminnn.

Lelaki lembut tak sama dengan golongan mak nyah, pondan , bapok. 

Ini lagi kisah pengalaman paling tak ternilai dalam hidup aku. Tapi boleh dikategorikan cerita "bikin malu" lah. Aku rasa ramai lelaki yang pernah terjerumus dalam masalah yang sama dengan aku  ini, paiseh !

Pada suatu pagi yang tenang, ketika gua bersiap nak pergi kelas.

Selepas siap semuanya, dengan langkah tenang dan confident, aku pun terus bergegas ke kelas yang jauhnya lebih kurang 300 meter sahaja dari kolej kediaman.

Tapi disebabkan perut lapar berirama keruncung, aku terus melencong ke cafe untuk breakfast.

Time itu ramai wanita-wanita yang turut membeli breakfast. Ada aku kisah? Haha. Janji perut gua kenyang. So lepas itu,  aku pun meneruskan perjalanan... Ketuk ketak bunyi sepatu.

Tapi aku pelik, apa pasal ramai sangat mahasiswi tadi melihat aku sambil tersenyum, aih? Tak kan nak mengurat aku yang sememangnya tak  macho. Kih kih kih!

Melangkah dengan selamba lah.

Aku sudah mula sangsi...

Tiba-tiba aku rasa tak kena lah. Terasa macam ada satu lubang udara yang masuk lalu menyejukkan anggota fizikal aku iaitu dari pinggan hingga ke betis.
Bila tangan aku meraba ke bawah , perghhhh!

Terus gua ambil beg sebagai cover dan secara pantasnya tutup zip !

Tapi nasib baiklah underwear aku itu bewarna gelap, ce bayangkan kalau warna merah, pink, putih, kuning atau warna lain yang terang benderang???

*Pernah juga ada sekali itu seluar jeans aku punya zip rosak, zip nya turun sendiri sebab sudah loose. Yang itu kira ok sebab aku pakai boxer. :)

Ini kisah benar...

Haha. Aku paling paiseh teramat kalau bersosial dengan member-member yang jenis mata melilau mengurat perempuan. Adeh.

Pernah juga dulu banyak kali kes macam ini terkena kat batang hidung gua. Ada member aku ini jenis pantang nampak perempuan cun sikit, mulalah naik bulu nak try ngurat. Aisehman. Kalau ngurat cara baik takpe, ini guna cara tak profesional langsung macam guna isyarat pewiiit, psssstttt, ehem ehem. Kah kah kah, aku kadang-kadang yang malu besar weh.

Aku yang baju pink tu lah... Tutup muka sebab malu dengan perangai kawan sendiri.

Yang tak boleh belah punya kan, bukan takat aku je malu bila perangai member-member aku macam itu, tapi bila terserempak dengan perempuan-perempuan yang pernah dikacau member aku itu lah jadi masalah besar !

Maruah aku juga tercalar, cis!

Perempuan-perempuan tadi itu akan mengeCop aku ini kaki gatal, miang, semualah etc... Bak kata pepatah, disebabkan nila setitik , rosak susu sebelanga. LOL. Tak pasal-pasal kan nama gua pun rosak di kalangan mereka,haha. Sabo jelah.

Aku cuba sedaya upaya supaya tak lepak bersama-sama member yang perangai sedemikian. Kalau terpaksa pun, memang aku akan jauh sedikit kebelakang, buat ala-ala diorang bukan jalan dengan gua,haha.

*Amacam cun tak cartoon atas itu? Berjaya jugak aku lukis :D

*Button like ini gile kot!