-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Cerita ini bedasarkan genre lawak bersahaja, tak ada yang serius pon.So kalau nak tengok sebab hilangkan stress , memang aku setuju sangat.Tetiba teringat cerita Hollow Man kan, tapi Hollow Man itu serius dengan aksinya.


Semalam kami layan cerita Bait pula, nampak macam best lah kan sebabnya bukan main promosi dan advertise yang sangat hebat, sana sini dengan giant board, newspaper, internet dan pelbagai lagi. So kami anggap berbaloi layan cerita ini. Berbaloikah selepas layan? Jawapan kami tak, 4/10 bintang hanya diberi! Bosan cukop bosan oh, scene yang sikit, aksi yang kurang, jalan cerita yang ringkas dan pengisian yang teramat slow. Perihal hanya 2 ekor jerung je dalam cerita ini, puiiihhh.


Selamat menyambut hari raya kepada semua ! Tengah melayan komputer menggunakan broadband berkombinasikan VPN, pergh memang laju sungguh line nya, then teringat sejenis biskut raya yang pada aku sangat famous time kecil dahulu lah, tapi sekarang sudah rare. Nama pun tak tahu, tapi sesudah google dapat ! Namanya Ketupat cookies atau biskut ketupat.

Handmade ini, sebab tak berapa kemas.

Serius raya zaman sekarang susah dah nak jumpa kan biskut ketupat, yelah biskut moden sudah ambil alih, tapi  masih ada yang bertahan sampai sekarang dan diminati adalah biskut tart nenas, aku pun pelik.

Ini satu lagi gambar yang aku berjaya google, susah betul nak cari gambar biskut ketupat ini.

Inilah sahaja entri ringkas sempena hari raya. Selamat hari raya buat kekasih yang on the way ke kampung :-D Rindu sangat kat dia.

*Kalau pergi beraya, aku tak layan biskut sebab kek adalah sasaran aku.Ngeh

kredit gambar 1 & 2

Tenangkanlah perasaan aku sekarang.


Erk kenyang lepas sahur diluar. Ok mood baik aku datang untuk entry yang lebih jelas tentang perempuan makeup tebal atau lebih baik lagi makeup "fake" ~

Makeup oh makeup ! kih kih kih.

Perempuan tak lari dari makeup. tapi itu adat lah. Tapi juga ada masalahnya bagi sesetengah perempuan,Haha. Kenapa dia ya? Makeup tebal? LOL . Untuk menutup segala kawah di muka. Apa itu kawah ye? iaitu jerawat !!! Muka kalau sudah jerawat maka makeuplah penutupnya.lalalalala~ 

Lain kes pula, kalau kulit tak putih, maka makeup tebal juga akan dipakai, sebab akan menampakkan muka lebih putih, erk! Tapi silap lah kalau tengok warna tangan pun tak putih. LOL

Makeup oh makeup tebal, dengan makeup tebal makanya fake akan berlaku disitu. Maka jantan sana sini akan terpukau dek kerana fake yang sangat fake. Maka secara tak langsung rantaian fake juga akan berlaku iaitu mendapat pujian fake dari para jantan. Sekali para jantan lihat muka sebenar, OMG pengsan!

Apa yang aku cuba sampaikan disini adalah. natural lah ketika bermakeup, pakai sikit-sikit sudah lah, jangan lah makeup TEBAL ok, makeup sampai jadi fake, makeup sampai menipu orang aje. Makeup fake ini sesuai untuk pengantin aje, bukan untuk pergi bersiar-siar depan  rumah. LOL

Mungkin akan ada yang terasa dengan entry ini kan. Tapi serius dengan ada nya makeup fake makanya ramai orang akan tertipu termasuklah perempuan yang melihat. Orang yang makeup fake akan kelihatan "hebat" dan lebih "hebat" apabila di dalam gambar, padahal secara realitinya TAK LANGSUNG. Oleh itu para lelaki jangan mudah terpadaya dengan makeup fake yang diupload di facebook, blog, twitter dan seangkatannya !!!

Kepada yang makeup fake, orang termuntah bila lihat anda tanpa makeup. Kih kih kih


Baju corak askar yang cute.

Pada 3 Julai 2012 yang lalu lahirlah anak saudara yang baru merangkap anak first atau sulung akak aku. Tapi disebabkan jadual padat dengan final exam, so tak dapatlah aku jenguk awal-awal. Habis je exam hari itu apa lagi, tak sabar sangat nak jumpa baby lelaki lah kan.

Kekasih aku pun nak ikut, dia lagi excited dari aku, asyik tanya aje ea bila anak si kak efa nak keluar.Hehe.Comel betul bayi besar ini. Ditakdirkan bertuah lah akak aku ini sebab berjaya melahirkan anaknya secara normal. Oh ya, nama timangan baby cutel ini "Haikal". *Lebih kurang nama daddy dia "Khaled".

Haikal ini kecil je.Lahir lebih kurang 2.05 kg, tapi lepas 2 minggu sekejap aje naik terus  2.5kg . Kelakar juga bila tengok akak aku ini jadi ibu.Haha. Yelah dia akak yang memang betul-betul atas aku, gaduh tarik rambut semua dengan dia, tup-tup dah jadi ibu. Sekelip mata aje kan,haha. *Lepas ini turn aku kahwin pula seh.

Si haikal ini baby pemalu dan pendiam, sama macam bayi besar itu pemalu dan pendiam :P


Yang paling best, jeng-jeng. dinda aku pun ikut sama ke sana. Suka betul dinda ea. Excited, tak makan saiko pun dia. Dekatkan lagi ukhuwah.Hehe. Respek betul dengan abah aku, dari dulu dia memang tak sombong dengan teman wanita anak-anak dia (ceh skema ayat), tapi kalau akak-akak aku dulu bawa jumpa boyfriend memang abah aku buat muka poyo.Haha. Mak pula memang jenis pendiam,tapi dia asyik puji dinda, cantik cantik cantik. Inshallah mak diberi kesihatan supaya kitorang diperjodohkan. Amin *Mak dah restu sayang,siap doakan lagi :D

3 hari 2 malam dekat sana, memang jarang dengar Haikal menangis.Senang je nak jaga haikal ini. Kasi susu, tukar pampers, tidurlah lah dia.

Ini gambar sebelum Haikal kena cium.

Lepas kena cium dengan gadis cantik, terus besar mata dia. Oh nakal ea kata mommy dia.

Alhamdulillah, bertambah lagi keluarga Encik Aman dan Pn Rosminah.
Kepada dinda, terima kasih sangat. makin kedepan langkah dia ea. Steps by steps, semua orang kuat dah jumpa dia. :D :D :D




Yes 4g plan student package.

Sudah 3 hari aku pakai Yes 4G ini, alhamdulillah boleh tahan connection nya. Kalau sebelum ini pakai broadband bertaraf 3g iaitu Celcom dan Maxis, alahai slow tapi boleh lah untuk user macam aku yang hanya kaki online biasa bukan gila layan youtube dan kaki download. So, aku tak perlu ada connection yang gempak macam Unifi kan (student kena jimat).

Sejak dua tahun jadi student di Shah Alam ini memang perkhidmatan jalur lebar 3g untuk Celcom tak pernah buat hal. Nasib oh nasib, tapi, tapi dan tapi Celcom buat masalah akhirnya. Buka page Html yang rendah pun mahu makan masa berjam. Nak kata sudah habis limit kuota, tak mungkin sebab nya baru topap (aku guna prepaid untuk Celcom broadband) sudah hampir sebulan menahan nafsu amarah akhirnya aku try juga daftar Yes 4g ini. Dengarnya kelajuan 5x ganda dari 3g dan murah, sangat menarik perhatian aku !!!


Pantas ke cawangan kampus untuk Yes di UiTM ini iaitu terletak di Dataran Cendekia (DC). Tiada yuran tersembunyi, hanya bayar RM99, dapatlah "Go 4g Dongle" seperti dalam gambar di atas. Oh ya, dapat juga number phone 018, so boleh lah buat panggilan percuma 100 minit dan sms 3 sebanyak 400 (campus pack RM28). Cara nak guna kena download aplikasi tersebut di sini [enter]. Tapi aku belum pernah cuba, hehe.


Masa 1st time cucuk benda ini, aku dah panas aje. Yelah desktop tak boleh detect langsung. Sabar je lah kan. Esoknya pergi library, apa lagi google segala masalah dan mencari jawapan. FYI, desktop aku guna Window 7 ultimate, so dalam buku panduan kata Dongle ini boleh detect untuk semua window 7, kalau window yang lain ada caranya termasuklah pengguna MAC Apple. 

Aku tak rasa Dongle ini masalah, maybe desktop aku yang punya USB sudah tahap old skool, eceh.HAHAHA. So aku update lah driver untuk USB desktop ini. Syukur boleh baca dah komputer ini dengan Dongle. Ha, tapi still aku kena buat something, iaitu download secara manual untuk driver Dongle ini, nak download sila tekan ini.


Akhirnya boleh ! Dengan gelojohnya masukkan id dan password. Alamak tak boleh lagi. Apa masalah? Rupanya salah masukkan ID, aku lupa. Ok mari sini aku ingatkan diri sendiri, untuk student UiTM punya ID adalah nombor matrik[dot]uitm , itu sahaja.

Bila online pergh ! Setaraf Unifi (boleh lah). Yang penting aku bole siapkan assignment dengan cepat kan. Lagi apa yang best pasal Yes 4G ini adalah sebagai student kita memang sangat bertuah, pihak YES bagi keistimewaan yang berkali ganda. Ada dua jenis iaitu campus pack RM28 dan RM68. Untuk RM28 akan dapat 1 GB, 100 minit panggilan keseluruh negara dan sms sehingga 400 ! Kalau RM68 dapat 3.5 gb, 150 minit dan 150 sms. Oh lupa nak bagitahu, YES yang aku guna ini prepaid (macam-macam plan ada), so boleh beli kad topap atau pun secara online contohnya Maybank2u.  Paling best kalau sedang online tetiba kredit habis, korang boleh topap online direct melalui laman web Yes. Maknanya kalau kredit habis, still korang boleh buka laman web dorang untuk topap. Faham? Lupa bagitahu rate dia, 9 sen untuk 3 mb, atau 1 sms atau minit call.

Untuk student, boleh topap RM10 dan dapat 1 GB !

Senang kata jimat lah pakai Yes ini sebab nya bayar apa yang kita guna sahaja kan.

Siapa yang daftar Yes di UiTM Shah Alam sahaja dapat free tumbler ini.

Oklah, aku rasa sangat bahagia guna YES ini, hehe. Kerja lebih mudah, jimat masa untuk tunggu loading time dan yang paling best sangat jimat untuk student macam aku ini kan.

Setakat ini aje aku boleh kongsi, korang boleh try dah alamilah sendiri, eceh. Haha.
Tersangat kacak kan para lelaki di atas. Mereka solat di mana sahaja. Gambar menunjukkan perhimpunan Bersih 3.0 pada hari ini iaitu 28 April 2011.

Para lelaki kacak ini menuntut supaya diadakan pilihan raya yang adil dijangka berlangsung pada pertengahan tahun ini (PRU-13).

Antara tuntutan para lelaki ini adalah:
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor

Semoga lelaki kacak ini selamat berhimpun !

sumber gambar
 Lelaki kacak suka perempuan yang agak humble. Golongan lelaki kacak kebiasaanya tak melayan perempuan yang poyo sepoyonya contohnya memuji diri sendiri, depan nampak baik tapi belakang hampeh, plastik , jaga tepi kain orang , batu api dan bermacam lagilah.

 Kebiasaan lelaki kacak mempunyai muka yang agak manis, hensem. Erk,nama pun dah kacak memanglah macam itu kan. Ha! golongan lelaki kacak ada satu rupa yang agak "berlagak", kena senyum dengan perempuan pun mereka still buat muka berlagak. Padan muka kepada perempuan perasan tersebut. Mereka akan senyum kepada orang yang dikenali sahaja.

 Lelaki kacak malas nak layan perempuan yang seperti diatas. Oh ya, lelaki kacak sebenarnya tidak memandang perempuan melalui fizikal semata-mata, tapi banyak lagi sudut yang diterokainya contohnya sifat perempuan atau wanita tersebut yang tidak berpura-pura dan selesa bersama.

Mahal? Ia diukur bukan pada harga, lelaki kacak mengukurnya pada sifat/perangai wanita atau perempuan tersebut. Mahal jika ia pemberi semangat dan kekuatan. Jika lelaki kacak seikhlas hati mencintai, itu tandanya hati wanita/perempuan tersebut mahal padanya.

Entri simple lelaki kacak ini dibuat berdasarkan penelitian terhadap sahabat handai, saudara mara, serta orang terdekat yang boleh digelar sebagai lelaki kacak dan rumusan dari beberapa bacaan.

Saya lelaki kacak

Saya lelaki kacak dalam bahasa Amerika Latin.

Saya lelaki kacak dalam bahasa Inggeris.

Saya lelaki kacak dalam bahasa Korea.

Saya lelaki kacak dalam bahasa Sepanyol.

Saya lelaki kacak dalam bahasa Tamil.
Saya lelaki kacak dalam bahasa Afrika.

Saya lelaki kacak dalam bahasa Mahluk asing.

Semua hanya menggunakan google translator. Lelaki kacak itu apa ye? Lain orang, lain definisi. Ok, itu sahaja untuk entri lelaki kacak kali ini. Sebenarnya saje masuk kontest keyword "lelaki kacak" yang dianjurkan oleh earncent [dot] com. Sekian terima kasih.

*p/s: Alamak, aku salah buat. Semua perkataan yang di translate itu bermaksud "saya kacak". LOL



Depan semua orang akan jadi baik, berlakon sopan, berlakon santun, berlakon ambil berat, berlakon lemah lembut, berlakon berbudi bahasa, berlakon dan terus berlakon.

Penampilan juga tak dilupakan, wah "akulah paling cantik sekali di dunia,". Dipastikannya bahawa semua orang akan setuju bahawa dia sahaja cantik. 

Bila lelaki senyum sedikit, dikatanya lelaki itu mengurat. Kah kah kah. Perasan betul!
Percayalah, bila lelaki sendiri tahu perangai PLASTIK anda, mereka akan termuntah. LOL.

Tak salah untuk bergaya, tapi pastikan anda jadi diri sendiri, bukan PLASTIK ya . Diulangi, JADIlah DIRI SENDIRI.
 Zaman sekarang, seseorang itu mesti gembira bila kena ngurat. Kih kih kih. Senang-senang aja layan atau ikut lelaki yang tak dikenali. Tak percaya, tengok news setiap hari. Ikut jantan yang hanya baru dikenali.

Semakin menjadi perangai "budget hot", bangga diri diri anda "cun"? Alahai banyak lelaki dekat luar sana itu sekadar main-main aje. Mahu mengukur dan  melihat "keperasanan" anda sebagai wanita.

Mana ada lelaki suka perempuan yang punyai perangai perasan cun, hot, baik, bagus, etc. Encik Tapir pun geli dengan sifat perempuan sedemikian. LOL *Lagi-lagi yang letak gambar kononnya cun dalam facebook, twiiter, blog dan laman soSIAL yang lain. Kah kah kah.

Semalam pergi The Store di Plaza Alam Sentral, tetiba awek gua terpandang sesuatu yang amat menarik," Pencuri akan didakwah dimahkamah!"

Didakwah = didakwa
Dimahkamah = di mahkamah

Baru betul !
kui3
Masa ada kuliah, memang berat badan agak ok lah kan. Banyak aktiviti ke sana ke sini, hidup aktif lah katakan, chewah... Berat badan pun maintain ideal ,tak naik tak turun. Sebab lain mungkin faktor pemakanan yang agak diet. Ceh diet habis, padahal budget, haha.

 
Bila habis je cuti semester, confirm berat badan naik mendadak ! Padahal cuti sebulan aje, tapi boleh naik sampai 10kg tu ha! Hebat ohhh. Perut membesar atau naik macam perempuan mengandung. Haha. Nak kata makan tidur aje aktivitinya, tak logik jugak. Muda remaja lelaki ini kuat merayap ke hulu ke hilir. Kesimpulannya, itu lah dinamakan senang hati hidup di rumah. Hehe
Melayan drama Cinta (kebiasaan Melayu) yang punyai jalan cerita yang agak menarik pada awal  babak. Watak hero dan heroin sanggat romantik. Pertemuan yang agak sweet aje. Semua macam best bila kita tonton. Alahai semua yang berbunga-bunga punya babak.

Sampai pertengahan jalan cerita, mulalah ada si dengki , si busuk hati , si Perasaan Hasad Dengki (pHD) dan pelbagai lagi watak mucul. Membuatkan babak penceritaan lebih tegang, rasa sakit hati je tengok. Perubahan emosi akan berlaku! Mulut kita pun akan kutuk mengutuk itu ini tak kiralah si pembawa watak jahat dan juga hero heroin. Haha. Sure punya kita akan maki. Sebagai contoh ayat," Bodoh betol si A itu", "Apasal lah mamat itu lambat sangat", "Kalaulah perempuan itu bagitahu dia suka dekat lelaki itu awal kan bagus","Aduh bapak dia paksa kahwin dengan perempuan lain, bongok betul". Haha. Macam-macam lagi lah, terus jadi  pengulas tegar.

Yang pasti akhirnya hero heroin tetap bersama (99%).