-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lagu 1 Malaysia ciptaan dari pelajar Lim Kok Wing dan diubah suai video klipnya oleh Cikgu Shida.

Siapa yang tak kenal dengan Cikgu Shida? Pelawak lah beliau ini, hehe. Memang ketawa habis kalau  dilayan semua videonya di Youtube.

Tapi kekadang aku kesian juga nak ketawa lebih-lebih, sebab dari apa yang aku tahu beliau jadi "unik" macam ini kerana akibat dari putus tunang.

Erm.

Jalan-jalan makan angin ke Genting Highland dengan motorsikal moped jek. Hehe. Aku bertolak dari Bukit Beruntung berseorangan menuju ke RnR Genting Sempah untuk berkonvoi dengan seorang member baik yang datangnya dari highway pantai timur iaitu Syahmi yang bakal bergelar seorang guru , hasil didikan di Institut Perguruan di Kuala Lipis. Apalagi, mendaki bukit bermula...

Menunggu Syahmi yang ke tandas, tak tahan nak membuang air kecil katanya. Sejuk. Oh ya, motor merah itu sangat laju. Hehe.

Pusing-pusing di rumah ais ini. 

Aku rasa sudah lebih 10 kali naik genting ini, tapi baru dua kali je layan outdoor. Masa 1st time memang gembira bangat sebab hanya main yang basic je. Kali kedua main, wow! aku trauma naik TOMAHAWK !!! Kalau solero? Mahu pengsan. Haha.

Ini juga kali pertama aku tengok ada persembahan tarian zapin, sebelum-sebelum ini hanya magic show.

Kami dijemput untuk menonton tv plasma 3D paling besar di dunia.

Menuruni bukit dan melayan corner. 

Satu-satunya stesen minyak yang berada di puncak Genting Highland iaitu Esso. Ada teori menyatakan jika isi minyak di kawasan sejuk, kita akan dapat lebih petrol. Sebabnya molekul-molekul petrol tersebut labih mampat dan padu.

Itu dia aksi seorang cikgu yang termenung memikirkan siapa yang bakal menjadi isterinya. Haha.

Sebelum ini aku pergi puncak hanya menaiki gondola atau kereta. Seronok memang seronok, tapi seronok lagi naik motor. Nak lagi lagi lagi seronok? Aku tunggu impian memiliki sebuah superbike. Lagi masyuk !
Cuba perhatikan.

Salam.
Wow! Dah lama aku tak meng update blog ini kan. hehe. Sekarang semakin busy. Banyak kerja owh.

Berbalik kepada gambar di atas itu, aku snap di sebuah kedai makan di area kampung Padang Jawa, Klang. Tersangat lah unik dan menarik menu hidangan pelbagai variasi nasi goreng yang ada dijual di kedai makan tersebut. Sekali pandang ok, bila dua kali pandang ? Macam lain macam jek. Haha. 

Saje je aku cuba try test pergi makan dekat warung itu, sebab ada seorang member telah recommend . Dia cakap sedap dan banyak. Nasi yang dihidangkan tinggi macam bukit. Tengok harga lah der, hehe. Alang-alang perut aku ini tengah kosong dan terlalu lapar, so apa lagi ! 

Tapi bila order sudah sampai dan terus pelahap makan, rasa kesedapan nya boleh tahan ! Cuma nasi itu takdelah seperti yang kawan aku  katakan tinggi macam bukit. LOL.