-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Orang lain cemerlang, kenapa aku tak ? Sebabnya?

Assalamualaikum.


Orang lain cemerlang, kenapa aku tak? Ini cerita dari pengalaman aku sendiri sebagai pelajar. Masa diploma dahulu ada seorang member baik, namanya Hafizuddin (bukan nama sebenar). Dia memang seorang yang selamba, rileks , cool dan maintain. Kalau tengok muka memang macam "poyo" jek kan.haha.


Hobinya suka sangat main game. Biasa lah orang lelaki yang memang dah sebati dengan dunia game iaitu DOTA. Dari pagi sampai ke malam, dari malam sampai ke pagi , lepas itu pagi ke malam , game DOTA saje lah yang dilayan. Semua map terbaru habis dijelajah, semua character game dihafal. Hebat-hebat. Tak makan pun , dia tak kisah. Lebih dari itu, tak tidur pun tak kisah. Janji dapat dilepas nafsu game itu. Dia main game tapi belajar tak? Kalau sudah 24 jam dilayan game, soryyyy. Buku pun tak tersusun, sepah sana sini. Lagikan nak belajar.

So kelas macam mana? Dia pergi tak? Nak pergi kelas itu agak susah. Kalau seminggu boleh dihitung berapa kerat je yang attend. Itu pun sebab dia kena paksa. Kalau dalam kelas separuh masa je dia memang focus, selebihnya lagi tidoooo.haha. Lecturer hanya tersenyum . Sudah agak! LOL.


Bila dapat result test, mestilah kita budget dia akan fail kan. Tersilap owh! Dia boleh dikategorikan pelajar cemerlang. Aku yang buat homework, dia pula tak buat, aku yang susah nak skip class, dia selalu ponteng, aku belajar, dia main game atau tidur, tapi bila exam aku yang markah sikit, dia markah lebih. Apakah?
Mungkin korang sendiri pernah ada member macam ini.Ya, itu dinamakan kelebihan yang diberikan Allah kepada setiap insan terpilih. Setiap dari kita memang ada "sesuatu special" khas diberikan Allah.

Oh ya, ini aku nak kongsi satu artikel menarik yang ditulis oleh Abu Hanifah, tenang je bila baca. Beliau menerangkan sedikit ringkas tentang apa itu Istidraj.  Ini aku copy paste dari ayat beliau :
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
 Insya'Allah , korang akan berasa tenang juga bila baca artikel ini. Malah semangat juga terbakar.hehe. Jom baca. {tekan sini}

Berbalik dari isu kawan aku tadi, dia hanya dapat bertahan sampai semester ke-4 je. So maknanya dia kena tendang dan tak habis belajar. Isunya sebab kehadiran yang tak sampai 80%, mana boleh masuk exam. Kalau nak masuk juga pun hanya sia-sia lah. Tambahan dia ini dah menunjukkan tanda-tanda malas nak belajar. Sayang cukup sayang. Seorang yang dianggap genius tak gunakan peluang kelebihan yang ada. Sekarang ini aku dah tahu khabar berita dia...

Dari kesimpulannya aku buat, kita jangan cepat mengalah dalam setiap perkara. JANGAN sebut ayat yang mungkin menyebabkan kita kufur nikmat owh! Paling penting berusaha, jangan cepat mengalah. Kalau hasilnya tak adil dengan apa yang kita buat, ya itu ujian. Ada lain yang terbaik untuk kita mungkin?

6 comments:

  1. ada kelebihan tapi tak reti nk gna kn dgn baik...

    ReplyDelete
  2. bg aku kan,result is nothing. as long as ko rasa ko ada input dan knowledge, its enaf, sebab belajar itu menuntut ilmu. Pointer aku 3 lebih, but hell yeah, aku rasa aku tak de knowledge.Mana lagi better compare dgn budak dapat 2 lebih tapi programming skill die better dr aku? Kalau ko tak score tp ko rasa ko ada ilmu, ko perlu senyum. Tapi kalau ko score tp tak de elmu, sila jangan kerek dan belagak pandai.Luck itu takkan membantu :)

    ReplyDelete
  3. sayang seribu kali sayang...
    kelebihan disalahgunakan..

    ReplyDelete
  4. pandai tapi salah guna akan memakan diri. harapkan intelek semata-mata tak ada gunanya. pandai tapi tak mampu tolong diri sendiri dan orang lain. akhlak pula jangan dilupa

    ReplyDelete
  5. nice info..bfore this i taktau what does it mean by istijad tu..
    huu.huu..saya mau buat satu entry khas bout this..anyway thanks coz share the info..

    ReplyDelete
  6. sayang betul. xtahu guna nikmat yang diberikan.

    ReplyDelete

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.