-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengundi itu perlu ?

Sekadar gambar hiasan di PRK Dun Tenang.

Undi ! Haha. Aku baru semalam mendaftar undi. Biasalah umur baru cukup 21 tahun pada sebulan yang lepas,hehe. Korang sudah mendaftar belum? Cepat sebelum PRU -13 berlangsung.

Mengikut stastistik tak rasmi, hanya 10% remaja dari golongan Melayu yang daftar undi setakat ini, maknanya  terdapat 90% lagi tak daftar! WOW! Angka ini cukup besar kan. Bayangkan kalau negara kita terdapat 100 000 remaja melayu then 90 000 dari itu tak lagi mendaftar, banyak rugi oh ! Suara kita suara keramat, 1 undi pun boleh mengubah atau meneruskan sebuah kerajaan.


Banyak alasan aku dengar kenapa mereka ini tak nak pergi undi atau tak ambil kisah, antaranya: 

1. "Gua tak minat politik, politik itu kotor dan jijik."
2. "Aku tak kisah lah sape yang pegang negara kita, janji aku happy."
3. "Tak da masa lah nak daftar, lain kali lah."
4. "Aku remaja lagi, malas fikir pasal politik."
5. "Undi itu mana penting sangat bro."

Sedarlah, undi itu satu kewajipan rakyat Malaysia. Kalau kita menyokong atau membantah sebuah pentadbiran, maka tunjukkanlah suara korang pada kertas undi. Tapi ingat daftar undi dahulu, bukan susah sangat nak daftar undi. Just pergi pejabat pos Malaysia je. Tak sampai 3 minit dah settle. Tunggu 3-5 bulan, lepas itu cek senarai nama pengundi SPR. Bila ada pilihan raya, korang dah boleh undi. Paling penting umur mesti 21 tahun dan keatas ye. Hehe.

Selamat mengundi !

3 comments:

  1. Haa.. bagus la tu dah daftar jadi pengundi. aku dulu umur 22 baru daftar. lambat sikit la. hehe.

    ReplyDelete
  2. agreee! i ni excited nk pg mengundi..maklumlah 1st time =P

    ReplyDelete
  3. tapi terlalu konpius..nak pilih yg mane satu..dua2 parti ccm hipokrit..tu yg tak jd undi..

    ReplyDelete

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.