-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikan PATIN gulai tempoyak di Temerloh !


Ekspedisi konvoi kali ini ke Temerloh, Pahang. Sebuah bandar kecil yang popular dengan gelaran lubok penggemar ikan patin. Perjalanan hanya sejauh 200++ km , bermula dari Bukit Beruntung , melalui Batang Kali , Genting Sempah, Lebuhraya Karak dan seterusnya ke destinasi Temerloh.

Bertolak agak lewat kerana ada beberapa masalah teknikal , 9.45 pagi. Disebabkan keadaan jalan di Genting dan Karak  yang agak mendaki bukit, kami terpaksa ambil masa 2 jam untuk tiba di bandar Temerloh. Destinasi yang paling penting sudah semestinya Gerai Ikan Patin Pak Usop (pernah masuk majalah 3). Nasib baiklah senang nak jumpa. Kedudukan warung tersebut di lot corner Gerai Lurah Semantan. Betul-betul berhadapan dengan Sungai Pahang.


Setibanya di warung tersebut dengan excited giler, alamak! Kami terlepas , ikan patin gulai tempoyak sudah habis. Tapi rileks, sebab ada beberapa lagi batch. Kena tunggu lagi 30 minit untuk batch seterusnya siap dimasak.

Pak usop (bulatan) & abang aku. Terpaksa beliau melayan karenah kami yang hampeh,haha.

Lebih kurang 50 potong ikan patin dalam periuk ini.

Ce tengok muka dorang, mesti tak tahan nak melahap,haha. Padahal aku pun sama time ini,huhu.

Sampai ke hujung sana orang beratur.

Aku dah berebut, tapi dapat bahagian kepala je. Kalau dapat bahagian ekor puas hati sebab besar. Oh ya, sepotong RM8 sahaja, sebab ikan patin ini dari ternakan sangkar. Kalau ori sungai, mahu beratus! Orang sana cakap hanya pak menteri je lepak restoran patin sungai.

Selepas puas melantak patin, kami relaks kejap di masjid. Perjalan seterusnya ke rumah abang Joe di Felda Chini 3 yang mengambil masa 1 jam lebih (itu pun dah lalu jalan shorcut) , untuk bermalam di sana. Tapi petang itu sempat jugak lah meronda Tasik Chini dan felda tersebut. Wah! aktif sungguh orang-orang felda sana, jalan raya susah nak lengang, beza kebanyakkan felda di Johor. *70 % penduduk felda tersebut punyai rumah besar gaban, rezeki sawit. Ada juga sebuah Hummer aku nampak, mak aih! Berapa ribu tan lah sawit dia dapat sebulan itu kan.

Senarai harga sewa boat di Tasik Chini. Terdapat 12 tasik, ada juga perkampungan orang asli.*Banyak lagi gambar Tasik Chini yang menarik, tapi pada bro lain yang snap.

Keesokkan hari kami berangkat pulang ke Bukit Beruntung. 


*Memang teramat sedap lah masakan Pak Usop. Tak dapat nak gambarkan, yang pasti rasanya tak hanyir, apalah resepi beliau... so korang boleh cuba sendiri, meh datang sana!

11 comments:

  1. aku suka makan24 June 2011 at 11:42

    aku memang suka gila ngan patin. nanti aku cuba.

    ReplyDelete
  2. mk ikot fid jln2.. mcm best jer :)

    ReplyDelete
  3. Sem lepas ada gak pergi Temerloh. Member2 lain makan ikan patin, aku makan ayam. Hahaha! Belum tergerak hati nak cuba ikan patin.

    ReplyDelete
  4. ish, sedapnya nampak!.. ikan patin mmg buruan kalau pergi Pahang..! erghhh

    ReplyDelete
  5. @Zuewairy boleh jek bro, tp kami ni suke konvoi ngan bike jek :))

    ReplyDelete
  6. @ayisy

    srius sedap lah patin nie, tapi bukan ke org jawe layan ikan sungai gak? hahaha :P

    ReplyDelete
  7. tak biasa sangat makan ikan patin tapi maybe boleh trylah if sedap.hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam tuan blog,
    baru pertama kali dtg ke sini, pagi2 ahad nmpk plak posting makan2.. ughhh terbaek!

    nice meet your blog! Salam perkenalan...

    yours
    SH

    ReplyDelete

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.