Tenangkanlah perasaan aku sekarang.
Showing posts with label kartun. Show all posts
Showing posts with label kartun. Show all posts
Lelaki kacak suka perempuan yang agak humble. Golongan lelaki kacak kebiasaanya tak melayan perempuan yang poyo sepoyonya contohnya memuji diri sendiri, depan nampak baik tapi belakang hampeh, plastik , jaga tepi kain orang , batu api dan bermacam lagilah.
Kebiasaan lelaki kacak mempunyai muka yang agak manis, hensem. Erk,nama pun dah kacak memanglah macam itu kan. Ha! golongan lelaki kacak ada satu rupa yang agak "berlagak", kena senyum dengan perempuan pun mereka still buat muka berlagak. Padan muka kepada perempuan perasan tersebut. Mereka akan senyum kepada orang yang dikenali sahaja.
Lelaki kacak malas nak layan perempuan yang seperti diatas. Oh ya, lelaki kacak sebenarnya tidak memandang perempuan melalui fizikal semata-mata, tapi banyak lagi sudut yang diterokainya contohnya sifat perempuan atau wanita tersebut yang tidak berpura-pura dan selesa bersama.
Mahal? Ia diukur bukan pada harga, lelaki kacak mengukurnya pada sifat/perangai wanita atau perempuan tersebut. Mahal jika ia pemberi semangat dan kekuatan. Jika lelaki kacak seikhlas hati mencintai, itu tandanya hati wanita/perempuan tersebut mahal padanya.
Entri simple lelaki kacak ini dibuat berdasarkan penelitian terhadap sahabat handai, saudara mara, serta orang terdekat yang boleh digelar sebagai lelaki kacak dan rumusan dari beberapa bacaan.
Ia juga kontest ! Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.
Saya lelaki kacak
Saya lelaki kacak dalam bahasa Amerika Latin.
Saya lelaki kacak dalam bahasa Inggeris.
Saya lelaki kacak dalam bahasa Korea.
Saya lelaki kacak dalam bahasa Sepanyol.
Saya lelaki kacak dalam bahasa Tamil.
Saya lelaki kacak dalam bahasa Afrika.
Saya lelaki kacak dalam bahasa Mahluk asing.
Semua hanya menggunakan google translator. Lelaki kacak itu apa ye? Lain orang, lain definisi. Ok, itu sahaja untuk entri lelaki kacak kali ini. Sebenarnya saje masuk kontest keyword "lelaki kacak" yang dianjurkan oleh earncent [dot] com. Sekian terima kasih.
*p/s: Alamak, aku salah buat. Semua perkataan yang di translate itu bermaksud "saya kacak". LOL
Depan semua orang akan jadi baik, berlakon sopan, berlakon santun, berlakon ambil berat, berlakon lemah lembut, berlakon berbudi bahasa, berlakon dan terus berlakon.
Penampilan juga tak dilupakan, wah "akulah paling cantik sekali di dunia,". Dipastikannya bahawa semua orang akan setuju bahawa dia sahaja cantik.
Bila lelaki senyum sedikit, dikatanya lelaki itu mengurat. Kah kah kah. Perasan betul!
Percayalah, bila lelaki sendiri tahu perangai PLASTIK anda, mereka akan termuntah. LOL.
Tak salah untuk bergaya, tapi pastikan anda jadi diri sendiri, bukan PLASTIK ya . Diulangi, JADIlah DIRI SENDIRI.
Zaman sekarang, seseorang itu mesti gembira bila kena ngurat. Kih kih kih. Senang-senang aja layan atau ikut lelaki yang tak dikenali. Tak percaya, tengok news setiap hari. Ikut jantan yang hanya baru dikenali.
Semakin menjadi perangai "budget hot", bangga diri diri anda "cun"? Alahai banyak lelaki dekat luar sana itu sekadar main-main aje. Mahu mengukur dan melihat "keperasanan" anda sebagai wanita.
Mana ada lelaki suka perempuan yang punyai perangai perasan cun, hot, baik, bagus, etc. Encik Tapir pun geli dengan sifat perempuan sedemikian. LOL *Lagi-lagi yang letak gambar kononnya cun dalam facebook, twiiter, blog dan laman soSIAL yang lain. Kah kah kah.
Masa ada kuliah, memang berat badan agak ok lah kan. Banyak aktiviti ke sana ke sini, hidup aktif lah katakan, chewah... Berat badan pun maintain ideal ,tak naik tak turun. Sebab lain mungkin faktor pemakanan yang agak diet. Ceh diet habis, padahal budget, haha.
Bila habis je cuti semester, confirm berat badan naik mendadak ! Padahal cuti sebulan aje, tapi boleh naik sampai 10kg tu ha! Hebat ohhh. Perut membesar atau naik macam perempuan mengandung. Haha. Nak kata makan tidur aje aktivitinya, tak logik jugak. Muda remaja lelaki ini kuat merayap ke hulu ke hilir. Kesimpulannya, itu lah dinamakan senang hati hidup di rumah. Hehe
Melayan drama Cinta (kebiasaan Melayu) yang punyai jalan cerita yang agak menarik pada awal babak. Watak hero dan heroin sanggat romantik. Pertemuan yang agak sweet aje. Semua macam best bila kita tonton. Alahai semua yang berbunga-bunga punya babak.
Yang pasti akhirnya hero heroin tetap bersama (99%).
Dalam keadaan yang tenang dan cool beberapa hari sebelum peperiksaan.
Bila benda sudah dekat, mahu jadi gelabah dibuatnya.
Haha, contoh dekat atas itu lah dinamakan perangai malas. Bukan nak mengata orang, tapi aku juga macam itu. So kesimpulannya jangan dilayan sangat perangai malas/rileks atau bahasa sedapnya "tenang" ini, better kita bagi stress dalam diri supaya kita jadi rajin. Ok bye.
Suatu hari mamat dating dengan dengan isterinya yang baru dua hari bernikah. Mereka makan di kedai mamak yang sememangnya terkenal dengan tempat mapley @ lepak orang lelaki.
Sampai di sana, isterinya diusha oleh lelaki tidak bertamadun. Haha !
Kalau gua, gua pun panas. Kasi pancung je kepala mereka itu, Haha.
Manusia di lahirkan berpasangan, Haha.
Lama sangat tak update blog ini, layan je lah idea dari gua ini yang tak seberapa...
Manusia ada sepasang telinga untuk mendengar sesuatu dengan lebih kepastian.
Manusia ada sepasang mata untuk pandangan yang lebih luas.
Manusia ada sepasang tangan saling bekerjasama untuk meringankan beban.
Manusia memang dijadikan untuk berpasangan kan... Jangan tengok dari sudut jiwangnya, tapi kita tengok dari sudut kelemahan manusia itu sendiri. Memang Tuhan jadikan kita untuk berpasangan sebab sememangnya manusia itu sudah diyakini dan diketahui tak mampu hidup sendirian.dan sudah tentu perlukan pertolongan untuk meneruskan kelangsungan hidup. *Pesal skema je ayat entry aku ini? LOL
Like je ....
Kisah seorang atok yang memarahi cucu kesayangannya itu kerana cucunya tidak menunjukkan prestasi hebat dalam peperiksaan.
Mana tak nya, beliau bengang dengan rakan-rakan nya yang asyik bercerita kehebatan dan kegeniusan cucu mereka. Sakit hati dan telinga je dengar benda yang sama apabila beliau lepak di warung kopi.
Lalu, beliau pulang ke rumah untuk memarahi dan menasihati cucu nya :
Like itu suka !!!
Mana tak nya, beliau bengang dengan rakan-rakan nya yang asyik bercerita kehebatan dan kegeniusan cucu mereka. Sakit hati dan telinga je dengar benda yang sama apabila beliau lepak di warung kopi.
Lalu, beliau pulang ke rumah untuk memarahi dan menasihati cucu nya :
Kasih seorang atok ambil berat, haha.
Atok mula pelik dengan soalan yang diutarakan cucu nya itu.
Over r itu kan, kurang ajar punya cucu. Lalu tapak kaki menghinggap ke muka cucu itu.
Like itu suka !!!
Haha, saja je kasi tambah perkataan "Hot" kat belakang tajuk itu kan, keyword je lebih, ekekeke.
Kartun bawah ini aku rasa memang realiti zaman sekarang, banyak betul perempuan suka dirinya dikongkong oleh pasangan lelaki masing-masing begitu juga sebaliknya lelaki yang terpaksa mengikut telunjuk teman wanita, Haha. Lawak seh ! Kes macam ini pun ada kan.
Kartun bawah ini aku rasa memang realiti zaman sekarang, banyak betul perempuan suka dirinya dikongkong oleh pasangan lelaki masing-masing begitu juga sebaliknya lelaki yang terpaksa mengikut telunjuk teman wanita, Haha. Lawak seh ! Kes macam ini pun ada kan.
.
Belum tentu dia akan jadi suami/isteri kita lah bro, tak perlulah sampai nak bersyarat macam itu. Tak kasi kawan sana sini, ok lah aku setuju sangat kalau girlfriend/boyfriend ada syarat macam itu means tak kasi approve/add kawan facebook yang tak dikenali (kalau aku pun tak nak terima sesiapa tak kenal). Tapi yang pelik tak perlulah kawan sekelas (contohnya yang sememangnya kita sangat kenal) pun tak kasi bro? Ekekeke.
Kadang-kadang itulah, kesian aku tengok beberapa kawan aku yang menerima nasib macam itu. Usia muda remaja dihabiskan begitu sahaja dek kerana impian yang belum pasti menjelma. :P LOL Orang lain boleh bersosial secara positif dengan kawan-kawan, tapi dia kena mintak permission dahulu (macam isteri mintak izin suami daaaa) baru boleh keluar.
Secara jujur, tak perlulah sangat nak mengongkong, kerana itu sudah menyalahi hak asasi manusia dan boleh dilaporkan ke pihak SUHAKAM.. Tehee.
Like itu suka !!!
Salam 1 Bumi.
Sudah lama aku buat kartun bawah ini, cuma itu lah tak ada masa nak masukkan dalam blog. Sebelum operasi kemas fail dan clean desktop, so better baik aku cepat-cepat update... Desktop gua dah macam apa daaa. Banyak sangat kartun bersepah, Haha... Yang tak jadi kartun terlalu berlambak, jadi lepas update entry ini, kasi buang semua yang tak berguna lagi. Habis madu sepah dibuang lah kot.
Ikutilah jalan cerita simple, Ok jom :
.
Suatu petang hari minggu di Stesen Ktm KL Central yang penuh sesak, orang ramai berpusu-pusu menaiki coach yang lambat sampai. Biasa r kan, Ktm kan memang terkenal dengan kelewatan jadual perjalanan. Haha. Kepada pihak Ktm, ini reality ye . Peace!
.
Disebabkan coach untuk wanita sudah penuh, so wanita hot yang berbaju pink ini masuklah ke gerabak umum. Beliau berdiri di hadapan seorang lelaki yang macho *kot . Lelaki itu senyum, dia pun senyum. Perempuan ini budget hot dan cun lah itu sebab mendapat senyuman, LOL. Tiba-tiba lelaki itu bangun.
.
Perempuan ini menolak lelaki tadi supaya duduk semula. "Gentleman sungguh mamat hensem ini", dalam hati perempuan itu. Yelah, kan banyak lelaki gentleman biasanya akan kasi perempuan duduk. Ekekekeke. Kalau gua lah takde makna. Lainlah mak cik tua @ sarat mengandung.
.
Lelaki itu mula menunjukkan iras muka yang amat bersalah.
.
Dia cuba bangun lagi sekali, tetapi ditahan oleh perempuan itu. Perempuan itu tak mahu diberi layanan 1st lady, hahahahaha... *iklan = penumpang yang duduk depan itu sempat korek hidung mendengar karenah dua orang itu...
.
.
.
.
.
.
.
Akibat rasa bersalah yang meluap-luap, maka lelaki itu
.
.
.
.
.
Itulah, lain kali jangan perah santan sangat. Janganlah budget HOT.
Ada beberapa masalah teknikal dalam gambar, tingkap komuter ini macam flight lah pulok, kih kih kih.
Like itu suka !!!
Walaupun pasukan kebangsaan kita kalah tipis pada perlawanan persahabatan EPL Asia Tour menentang Chelsea, tapi dari apa yang aku lihat, perghhh.. Pasukan Harimau Muda memang terbaik sepanjang perlawanan. Berani menentang, takda perasaan gentar pun walaupun mereka sedar lawan mereka bukan calang-calang.
Barisan serangan, tengah, pertahanan semuanya mantap! Alahai, gol Chelsea dari tendangan Drogba tadi itu pun nasib baik saat akhir je, terpantul kena badan keeper .Ada orang kata tak gol sebab tak melepasi garisan putih gol. Entahlah kan.
Tapi walau macam mana pun, tak sabar aku ! Aku rasa terpanggil untuk turun melihat aksi Harimau Malaya menentang Singapura nanti ! Ini yang tak sabar nak book tiket awal-awal, Haha.
Barisan serangan, tengah, pertahanan semuanya mantap! Alahai, gol Chelsea dari tendangan Drogba tadi itu pun nasib baik saat akhir je, terpantul kena badan keeper .Ada orang kata tak gol sebab tak melepasi garisan putih gol. Entahlah kan.
Tapi walau macam mana pun, tak sabar aku ! Aku rasa terpanggil untuk turun melihat aksi Harimau Malaya menentang Singapura nanti ! Ini yang tak sabar nak book tiket awal-awal, Haha.
Drogba memuji Malaysia, dalam hati beliau kot. LOL.
*Sorilah gambar jersey macam pelik jek, Kih kih kih.
Tekan like kalau sudi =D
Aku bukan ada mood jiwang pun, haha. Tapi saje cuba try test buat kartun yang tak seberapa ini je.
Ikuti kisah "Sms putus cinta paling sakit hati" di bawah ini:
Ikuti kisah "Sms putus cinta paling sakit hati" di bawah ini:
Pada suatu hari, seorang awek telah menghantar sms break up a.k.a bercerai talak 1.
Dan apabila si Pakwe menerima...
Dia memang begitu kecewa tahap dewa. Sampai terduduk lagi tu ha... Mengenangkan perhubungan mereka yang hampir mencecah 20 tahun ( hyperbola betul ini, haha).
Selang beberapa minit...
-
--
---
----
-----
------
------
--------
----------
------------
---------------
-----------------
---------------------
------------------------
---------------------------
Si awek telah menghantar 1 sms lagi yang berbunyi:
-
--
---
Apa? Salah hantar? So maknanya?
.
Maknanya sah-sah yang awek beliau sudah bermain kayu tiga dengan jantan lain !!! Awek beliau dayus, ekekeke... Hati beliau yang sedih bertukar geram lalu meng-headshot kepala awek nya itu (Macam kes cinta 3 segi yang famous dulu itu)...
SEDIH + KECEWA + SAKIT HATI + MALANG = memang banyak perempuan yang mulakan. LOL (gurau je lah...)
Like jika anda setuju dan tak setuju. Tehee !
Benda ini biasa r terjadi kalau lepas gaduh, marah, tak puas hati, dendam, putus dengan teman lelaki aka boyfriend. Tapi tak akan terjadi kalau gaduh, putus dengan boyfriendS .Haha.
Tak dapat nak pukul, sepak, tampar lelaki itu, dapat baling handphone pun cukuplah. Lagi best kalau handphone lelaki itu yang bagi. LOL.
Realiti oh realiti...
Tak dapat nak pukul, sepak, tampar lelaki itu, dapat baling handphone pun cukuplah. Lagi best kalau handphone lelaki itu yang bagi. LOL.
Realiti oh realiti...
Normal la itu, kih kih kih.
Like kalau setuju...
Kali ini mari kita kupaskan masalah konflik gender lelaki yang menjadi ala-ala perempuan,hehe. Aku bukan pakar psikologi pun nak cakap lebih-lebih , tapi ada beberapa asas yang menjadi punca mereka (kaum adam) menjadi atau bertukar jantina ke wanita. Jom layan kartun macam biasa lah:
Biasanya golongan ini memang agak susah nak detect, lagi-lagi yang dari Siam. Badan ramping macam kerengga, kulit halus, muka mulus..Kalah perempuan seh! Hanya suara yang mengkantoikan mereka. Hehe.
Kebiasaan mak nyah ini memang dari kecil dah lembut, sopan santun. Naluri mereka lebih ke arah perempuan. Bermain anak patung, masak-masak dan bersolek menjadi perkara biasa.
Dari apa yang aku pernah perhatikan kebiasaan mak nyah ini salah pilih kawan (orang sekeliling) , tu yang ramai mak nyah muncul di Universiti. Siap ada persatuan mak nyah underground lagi! Pergi club mak nyah, ladies night , macam-macam lah kelab. Second point, dah jauh dari mak bapa, lagi lah tak ada siapa yang berani tegur mereka. Kalau tak teguh pendirian, memang mudah terjerumus lah dalam dunia tersendiri ini.
Tapi ada yang mencuba kembali normal, masyarakat kita pun silap, terlalu pandang negatif terhadap dorang ini. Sepatutnya golongan ini perlu diberi perhatian dan sokongan supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Banyak diantara mereka nak berubah, tapi tulah asyik dihina dan dicaci... Mereka pun manusia biasa, sering buat kekhilafan, tapi adakah hanya kesilapan ini mereka perlu dihukum selamanya?
Tetapi banyak juga yang berjaya menjadi lelaki normal yang macho, maskulin, gagah, hero. Dalam kes nak berubah ini, aku rasa sangat susah berjaya. Susah memang susah. Tapi kalau ada sokongan padu keluarga, kawan, dan seluruh lapisan masyarakat , tiada yang mustahil. Orang yang bermasalah addict dadah pun boleh berjaya insaf, lagikan golongan ini yang hanya perlu diberi sedikit suntikan semangat , confirm boleh berubah!
Cerita tambahan:
Dulu kat hostel sekolah, aku ada junior (lelaki lah kan). Pada satu malam lah kan, dia telah *%#@$^ member aku punya tut.Tapi masa itu tak dapat detect siapa yang buat. Nak dipendekkan cerita, sebelum budak itu pindah sekolah, dia ada bagi surat minta maaf kat kawan aku itu , dia mengaku yang dia buat benda tak senonoh itu, banyak kali juga.
Sejarahnya, mak bapa dia terlalu inginkan anak perempuan, sampaikan jumpa bomoh jampi serapah. Tapi yang lahir dia (anak lelaki), jadi mak bapa dia amat kecewa, sehingga pinggirkan dan dia dibagi kepada keluarga angkat. Ntah nasib dia tak baik, dia diliwat oleh pekerja keluarga angkat nya. Itu yang dia jadi hamba seks. Kesian...
Dalam hal ini, ibu bapa harus bertanggungjawab. Sepatutnya mereka bersyukur dikurniakan rezeki anak dan redha dengan ketentuan Ilahi. Bimbinglah anak itu, bukan sebaliknya. Tanggungjawab kawan-kawan juga perlu sebab mereka lah yang paling rapat dan mudah untuk memberi nasihat & teguran positif.
*Aku ada juga kawan dari golongan ini, mereka Ok sebenarnya, cuba membezakan adalah perwatakkan. Tak ada yang nak ditakuti, dihina, dicaci golongan seperti ini. Doakan mereka kembali ke asal. Aminnn.
Lelaki lembut tak sama dengan golongan mak nyah, pondan , bapok.
Subscribe to:
Posts (Atom)










































