-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label nama bapak. Show all posts
Showing posts with label nama bapak. Show all posts

Teringat.... Ejekkan dengan pelbagai nama, itulah realiti zaman kanak-kanak kita kan. Ada yang ditukar namanya yang sedap kepada buruk, dan sudah pasti nama ejekkan itu biasanya diambil dari sifat fizikal seseorang contohnya si pendek, jongang (macam halimah jongang ceria Astro itu) dan gemuk. Tak lupa juga nama bapak atau ibu seseorang yang macam pelik sikit, mulalah diejek. Hadoi!. Gurauan nakal gitu.

Bagi budak-budak yang mengejek itu rasanya perkara biasa, yelah belum ada akal nak berfikir. Nama pun bebudak kan :D   Yang kena ejek iu mesti akan rasa sakit hati jek. Haha. Rasanya semua orang pernah rasa zaman kanak-kanak yang penuh dengan dunia ejek ini. Haha. Termasuk aku lah itu.

Tapi bila sudah melangkah ke alam remaja dan seterusnya dewasa, nama panggilan itu biasanya akan kekal. Ada sesetengah orang akan dapat menerima, dan ada sesetengah orang lain pula takkan dapat menerima. Kalau si A misalnya digelar Beruk , takkan dia dapat menerima orang menggelarkannya dirinya beruk selamanya atau ke tua kan? Pastinya tidak. Lainlah seseorang itu digelar dengan nama positif contohnya budak genius, sudah tentu dia suka punya lah.

Ingatlah, setiap nama yang diberikan mempunyai maksud yang baik. Ada erti disebaliknya, dan paling penting itulah harapan sebenar ibu bapa memberi nama kepada anaknya. Janganlah kita mengejek nama seseorang itu, takut kena pada batang hidung sendiri kan.

P/s: Ada orang still panggil nama gelaran yang aku tak suka even benda itu dah bertahun lamanya. Sabar jelah, dia belum kena. Haha.