-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Awas dalam mencari cinta dan pasangan hidup anda !

Assalamualaikum...





Pergh. Tajuk ini macam best je kan. Tapi sebenarnya memang best untuk diambil tahu. Sebagai pedoman dan iktibar, aku share 1 cerita kisah benar, harap korang habiskan pembacaan:



Saya berumur awal 30an dan belum pernah berkahwin. Pernah melalui proses berkawan, bercinta beberapa kali tidak kira lelaki sebaya, muda mahupun jauh lebih tua, bujang ada juga suami orang. Namun jodoh belum menjengah agaknya hingga hari ini  masih bersendirian. Saya tak pernah berputus asa untuk memulakan hubungan dengan sesiapa yang berpotensi dijadikan calon suami namun akhirnya istikharah juga rujukan saya dan jawapannya selalu negative. Akhirnya pada awal tahun lalu saya mendaftarkan diri dalam laman mencari jodoh antarabangsa (manalah tahu jodoh saya orang luar kot). Saya meletakkan profile yang sederhana dengan gambar paling kurang menarik (kononnya nak cari lelaki yang tidak memandang rupa padahal saya tak lah hodoh pun). Disinilah kisah penuh pengajaran itu bermula.
 Setelah beberapa bulan mendaftar ramai juga menunjukkan minat cuma belum ada yang betul-betul menunjukkan kesungguhan (dah agak dah rupa paras jugak yg jadi ukuran) hinggalah saya tertarik pada satu email kelihatan amat bersungguh. Kerana tertarik dengan kata2 yg sungguh manis dan profile lelaki tersebut “mantap” saya memberi respon baik dan kami saling berbalas email. Lelaki tersebut mengakui dia berbangsa Eropah berasal daripada United Kingdom dan kini berada di Sarawak kerana terlibat dalam satu projek pembinaan yg diusahakan oleh syarikat miliknya (mantap tak mantap).
 Dua bulan pertama berbalas email dan sms serta panggilan telefon juga kadangkala YM segalanya berjalan lancar. Cuma isu besar yg selalu ditekankan bila saya ajak berjumpa bertentang mata, dia seakan mengelak kerana sibuk menguruskan material projek pembinaan. Sempat juga dalam tempoh tersebut dia kembali ke UK selama 2 minggu (dia memang ke UK kerana saya ada menghubungi dia melalui no. UK ) menguruskan kontena yang mengandungi material bahan binaan. Namun kesungguhan, sikap ambil berat dan perhatian terhadap saya serta janji manis tahap luar biasa di taburkan kadangkala membuatkan saya menerima sahaja alasan tersebut dan sabar. Namun dalam pada masa yg sama istikharah tak pernah putus, setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya saya ambil kira setiap satu. Dalam pada itu banyak juga perkara yg diceritakan kadangkala tak sequence, dan bila saya bertanyakan kembali ada sahaja alasan untuk menutupi kelemahan tersebut. Selalunya dia akan memujuk dengan kata yg amat indah hingga saya seolah boleh sahaja melupakan kekhilafan tersebut.
 Berbalik kepada kontena kononnya diuruskan daripada UK untuk di hantar ke Sarawak dikhabarkan mengalami masalah. Setelah lebih 2 minggu kontena tersebut tak lepas dan terpaksa di tahan oleh pihak kastam. Dalam pada itu banyak jugalah dia mengadu kononnya ada masalah dgn kementerian itulah inilah….(sebenarnya mendengar perkataan kastam pun saya dah cuak giler….sebab banyak kes penipuan org suka libatkan pihak kastam ni…..kesian kastam). Dalam cuak tu beberapa hari jugalah terpaksa mendengar masalah dia berkaitan kastam demi meraih simpati daripada saya (betul pelakon tahap Gred A). Saya tak lah terus serkap jarang tapi memilih utk menunjukkan simpati kerana rasa ada yg tak kena dgn lelaki nih. Alang berniat ingin mengetahui sejauh mana lakonan tersebut harus sahaja ikuti sejauh mana dia blh berlakon. Dan akhirnya hari kemuncaknya tiba jua….
 Hari itu kononnya dia akan berurusan dgn pegawai kastam terbabit. Dalam pada itu dia menelefon saya mengatakan kakitangan kastam tersebut mahu bercakap sendiri dgn saya kerana ada masalah komunikasi dgn dia kerana perbezaan bahasalah kononnya…..Huh…dah agak dah perempuan yg mengaku pegawai kastam tu mulalah merapu meneruskan legasi pembohongan yg dimulakan oleh kawan lelaki saya tadi…..kononnya dia cuba nak memahamkan kawan lelaki saya tadi berkenaan duti import yang harus dibayar yg kononnya mencecah RM250000….huhu…sebenarnya cara perempuan tersebut menerangkan serta menjawab kemusyikalan saya banyak yang boleh dipertikaikan. Syukurlah sebelum ni saya pernah menguruskan perkara berkaitan kastam melalui pengalaman bekerja masa lalu. Malas nak dengar lebih banyak diorang merapu soalan saya senang sahaja pada kedua mangkuk tersebut…..So….what should I do for you? Dan jawapan yang saya dah agak….dia nak pinjam duit daripada saya RM5000 kerana duit yg ada padanya tak mencukupi……malas nak cakap byk coz takut saya akan menyumpah seranah terus sahaja letak telefon…..terus lagi ke tikar sembahyang istikharah 12 rakaat dan akhirnya Allah memberikan saya satu lagi kelapangan bahawa lelaki itu bukan terbaik untukku……
 Moral daripada cerita ini khusus kepada wanita di luar sana (terutama yang belum bertemu jodoh):
1)Sebagai perempuan yg melewati umur jangan sesekali kita mudah putus asa untuk mencari jodoh yang terbaik utk kita. Kadangkala mungkin kita terlalu “demanding” sebab itu Allah lambatkan jodoh kita. Anggaplah calon suami kita sedang berusaha memenuhi criteria yang kita impikan. Huhuhu…
2) Dalam usaha kita mencari jodoh pasti kita akan menemui lelaki pelbagai  "warna" yang kadangkala sukar dijangka. Kelihatan baik luarannya blm tentu ikhlas hatinya. Oleh itu, jangan sesekali menjauhi istikharah dalam membuat pilihan. Sekiranya mengalami sebarang kebuntuan, rujuklah pada Allah kerana dia maha luas pengetahuan berbanding mengadu sesama manusia yang sangat terbatas akal fikiran serta ilmunya.
3) Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu serta janji2 manis lelaki. Cintailah mereka dengan akal bukan nafsu semata. Jaga kehormatan diri sebaiknya kerana perempuan yang baik hanya utk lelaki yang baik.
4)      Jgn sesekali transfer duit pada lelaki yg blm cukup kita kenali, x kiralah apapun alasannya. Lelaki yg berkualiti dan bermaruah tidak akan meminta2 duit daripada perempuan yang lemah yang sepatutnya dilindungi bukan diletakkan beban di atasnya.
Hurm,pada aku kes macam ini sudah selalu berlaku. Tak kira mangsa sama  ada lelaki atau wanita. Sangat bahaya owh! Demi duit, sanggup berlakon pelbagai watak. Aduh. 

6 comments:

  1. selalulah berdoa semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan dalam pencarian

    ReplyDelete
  2. saya dia tak layak masuk anugerah skrin yg baru lepas ari tue kan... :)

    -------------
    visit my latest entry:
    Ini Bukan Kisah Perihal AJL25...
    http://aidyshahiezad.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Istikharah dan terus berdoa adalah yang terbaik. :)

    ReplyDelete
  4. ya....betul tuh sekarang nie bermacam2 penipuan..harap anda terus dengan lakukan solah istigharah dan solat hajat..agar segala yang dilakukan mendapat keredaan ALLAH

    ReplyDelete

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.