-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Roti Gardenia kisah disebalik yang anda perlu tahu ?

Assalamualaikum.


Huh? Apa jenis brand tu? Tipu kalau korang tak pernah dengar nama Roti Gardenia kan? Satu jenama buatan Malaysia yang memang famous kerana tahap kesedapannya. Salah satu yang paling aku minat adalah roti gardenia butterscotch. Makan selamba sahaja,  tak perlu letak jem , cicah atau apa-apa aje.hehe. Tak maw tulis panjang lebar pasal roti ini, sebab aku mahu tulis secara ringkas perihal kisah disebalik pemilik atau tuan CEO syarikat ini. Layannn.

Macam tak percaya! Pertama kali dulu aku tak budget yang pemilik syarikat ini orang melayu terkaya malaysia mahupun di dunia. Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Seorang yang belatar belakang datang dari keluarga miskin semasa kecil. Kisah hidup beliau memang sangat aku kagum. Seawal sekolah rendah, kecil-kecil lagi sudah pandai membantu ibunya menanam sayur , berniaga di pasar dan menjual roti canai. Bila habis waktu sekolah pula, sebelah petang  pergi bantu ayahnya mengembala haiwan ternakan. Dari situ kita dah nampak kesungguhan beliau kan. Kalau kecil-kecil aku dulu asyik main je tahu, hehe.

Dari titik permulaan perniagaan penternakkan bapanya jadi muflis , akibat jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. Habis semua hancur lebur pernigaan itu. Tapi bagi Tan Sri benda itu sebagai cabaran. Orang kata dari kesusahan itu lah kita belajar macam mana nak berjaya. Tak semudah itu aje, beliau buat bisnes pengangkutan. Semakin hari, semakin berjaya. Beliau ceburi pula bisnes berasaskan beras. Terbukti juga berjaya dan semakin berkembang dan terus berkembang , ditambah lagi perniagaan pakaian dan perkapalan. Tak lupa juga bisnes roti buku gardenia ini,hehe.

Jasa Tan Sri ini memang banyak, sama ada dalam komuniti masyarakat atau agama. Teringat dahulu masa tahun aku ambil SPM, Yayasan Al Bukhary (badan kebajikkan yang beliau tubuhkan) telah support dari buku ulangkaji sampailah ke kelas tuisyen kitorang. Semuanya free of charge, kami hanya perlu datang je. Alhamdulillah. Beliau ini tak fikir dunia semata, akhirat tak dilupa. Bak kata beliau," Saya tidak mengumpul harta untuk isteri dan anak... wang bukan segala-galanya. Apa yang membantu saya masa hadapan adalah kebaikkan yang dilakukan".


Memang Tan Sri Syed Mokhtar ini jadi role model aku untuk berjaya. Beliau punya semangat kental dan kuat dalam hidupnya. Bayangkan orang yang dilahirkan ZERO boleh jadi Jutawan owh. Terbakar dan meluap-luap hati aku nak berjaya macam beliau.

29 comments:

  1. ingat lagi aku
    waktu roti gardenia nih difitnah ada lemak babi ke apa entah
    nasib tak ramai orang percaya
    syukur alhamdulillah

    roti gardenia memang sedap

    P/S : Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!

    ReplyDelete
  2. nak jadi macam syed al-bukhary jugak!

    ReplyDelete
  3. aha! tusyen al-bukhary. bukan semua skola dapat. tapi skolah aku dapat. skang ni dia limitkan pada pencapaian spm skolah baru die approve.

    ReplyDelete
  4. Woh, teringat presentation sivik pasal tokoh. Haha

    Yeah , ktorg pilih Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.Tapi tak faham apa masa tu main bentang jee. Sebab rujukan yg digunakan Bahasa asing -.-'

    ReplyDelete
  5. wwah berkobar aku dengar ni nak jadikan die as role model nih.

    thumbs up!

    ReplyDelete
  6. aku suka gila makan roti ni
    haaahahahaa......
    sedap gilerh!!!

    ReplyDelete
  7. ouh...

    kagum2

    from zero to hero

    ReplyDelete
  8. roti gardenia butterscotch mmg sedap beb! kdg2 tak sedar dah habeh bila makan. haha

    ReplyDelete
  9. aku betul2 tak sangka roti gardenia ni Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pnya..habis tu uncle slocum sapa plak??

    Aku Tak Berani Nak Masuk K* Dalam B* Dia | Asyraf

    ReplyDelete
  10. tumpang gembira bila org melayu kita berjaya :)

    ReplyDelete
  11. baru tau owner company gardenia ni org melayu! Tan Sri Syed Mokhtar pulak tu! bangga dgn beliau! :D

    ReplyDelete
  12. roti gardenia nie takde kt sabah sarawak kan ?? rasenya la.. :D

    ------------------
    my new latest entry:-

    Life in Letters...
    http://aidyshahiezad.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. dulu2 heboh kate roti ni ade lemak babi la itu la ini la..
    hihihi..

    from zero to hero..
    tahniah!!

    ReplyDelete
  14. klo ko x buat cerita ni..aku pon x tahu...:)
    haha.. thanks

    ReplyDelete
  15. sebelum nih aku tahu owner dia melayu tapi baru tahu tan sir al-bukhari punya
    thanks for the info

    P/S : Kisah Dongeng Telefon Awam Dan Telefon Bimbit

    ReplyDelete
  16. dr kecik lagi sy suka makan roti gardenia, kompem lah sy tahu. haha:D

    ReplyDelete
  17. eh? gardenia dia punya? respek gila ah...aku igtkan brand oversea

    ReplyDelete
  18. Jom ramai2 merebut GiveAway bernilai RM100.. terjah sini http://gengblogger.com/v/283143

    ReplyDelete
  19. wah yeke! i baru tau pasal ni..tp i memang suke roti ni..roti ni je da best dari lain!

    ReplyDelete
  20. hadoi... bace butterscoth je trus aku dah lapaar... grrr...

    ReplyDelete
  21. roti gardenia dimiliki bersama :
    55% singapore gardenia
    45% bernas (tan sri syed mokhtar)

    harap maklum

    ReplyDelete
  22. gardenia mmg terbaik..mcm tuan tanah jgk,aku ske gila gardenia butter scotch..sedap 2~

    ReplyDelete
  23. ada link atau bukti dak? macam-macam info dapat. taktau yg mana satu betul.

    ReplyDelete
  24. daud said...
    memang terbaik!! 100% kalau nak dibandingkan degan roti keluaran terbaru dipasaran sekarang ni dengar ceritanya lembut tapi awas kandungan lemak tinggi....

    ReplyDelete
  25. http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2011/12/politicising-of-bread-in-cyberspace.html

    ReplyDelete

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.