-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Aku Lelaki Memang Ego !

Assalamualaikum.

Ini adalah entry yang ke-3 untuk blog baru ini, hehe. Semalam aku tulis pasal awek tak romantik, dan cara macam mana nak jadi romantik yang boleh orang perempuan amalkan. Tapi banyak respon readers salah faham . LOL. Diorang fikir entry untuk lelaki kot. Atau main skip baca? Tapi takpe, aku memang suke buat entry panjang berjela. hehe.



Berbalik pada tajuk entry, Aku ego. Siapa "aku" itu? Aku itu merujuk diri aku sebagai lelaki. Sesetengah perempuan suka menyalah ego lelaki dalam sesuatu perkara. Betul kan? hehe. Cakap yang lelaki ini tiada perasaan, tak ambil  peduli, lantak lah. Semua benda lelaki anggap perkara temeh. Memang betul, aku sebagai lelaki memang tak sanggah yang lelaki ini ego 100%.

Banyak perempuan asyik tension dengan diorang punya pakwe. Cakap tak faham perasaan diorang, lepas itu merajuk tak sudah. Atoyai. Bab pujuk memujuk , lelaki memang fail, lagi-lagi aku ini, haha. Bukan lelaki tak faham , bukan lelaki tak mengerti. Nak tahu sebabnya? Meh kasi tunjuk sifat basic lelaki yang termasuk egonya :

1. Suka benda simple.
Lelaki tak suka benda atau sesuatu yang kompleks, tapi suka yang mudah. Mudah tapi kemas. Bukan maksud lelaki itu malas nak buat kerja, tapi malas nak fikir lama-lama. So perempuan yang memang terkenal dengan "suka buat benda senang jadi susah" , apa lagi memang makin malas lah orang lelaki nak melayan karenah itu.

2. Jangan dipaksa.
Suruh buat ini, suruh buat itu. Pot pet pot pet. Membebel je kerjanya. Pedih telinga mahu dengar wooo. Sifat lelaki suka buat kerja tanpa paksaan. Kalau paksa juga alamatnya buruk jadinya sebabnya rimas ! Rimas dan lemas.haha.

3. Tak suka dikritik.
Ini kategori tahap ego tinggi. Mengkritik biasanya ayat menghentam. Aku pun memang tak boleh terima,hehe. Melainkan beri pendapat yang membantu kembangkan idea, bukan mematikan terus idea itu. Bayangkan kalau tengah buat kerja, si awek / bini cakap itu tak kena, tak cantik , tak  sesuai, dan segalanya takkk. Memang orang lelaki tak kan siapkan terus !

4. Susah hendak emosi.
Bila perempuan dah merajuk. Erkkk. "Apa aku nak buat ini?". Haha. Serius, lelaki amat susah nak beremosi. So mulalah senyap je , pastu fikir apa perlu buat.  Kalau lambat tindakan memang perempuan akan kata kita tak memahami. Aduh!


5. Suka pada keJujuran dan terus terang.
Ada kaitan sikit dengan nombor 1, lelaki suka simple. Tak suka sangat fikir jauh-jauh, so biasanya lelaki akan cakap jujur dan direct je. Kalau awek dia pakai shawl tak cantik, lelaki akan cakap  tak cantik. Kalau time dating si lelaki terlihat awek lain cun then puji , tak bermakna orang lelaki suka. Itu dia kejujuran lelaki !

Dengan adanya 5 asas perangai lelaki ini, harap korang yang perempuan faham. Lelaki memang dilahirkan untuk bersifat sedemikian. Cuba korang fikir kalau lelaki ini complicated , tak kisah dipaksa, suka dikritik, mudah beremosi dan berlapik dalam kata-kata seperti kaum perempuan? Bermakna ego dalam setiap perkara tadi takde? Alamatnya ciri-ciri pemimpin atau keluarga yang dipegang lelaki memang tiada. Sebab ciri-ciri tadi adalah simbol ketegasan. Ego kena pada tahapnya.

Satu je perempuan kena tahu, lelaki tak suka perkara "melemaskan". Bak lagu lemas nyanyian Ruffedge.

20 comments:

  1. huhu..

    ni ciri lelaki untuk semua bangsa or melayu je?..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. lelaki suke terus terang tapi tak suke dikritik??

    I've got a present for my dear lucky follower!David Guetta.. He's Cool!

    ReplyDelete
  4. Teringat satu quote dari seorang blogger.. Men are from mars.. Women are from venus.. But on earth we met..

    Lelaki memang lain dari perempuan.. Lelaki terlalu simple tapi kdang2 boleh jadi kompleks.. Sama-sama laa kita saling memahami satu sama lain.. Kalau tak, sampai bila-bila pun tak paham.. Hee..

    ReplyDelete
  5. perempuan pun ada jugak egonya..
    kalau dua2 asyik nak ego je hubungan tak ke mana lah..

    ReplyDelete
  6. Hahaha. simple is awesome! :) But life is seems to be complicated. kan, kan.

    ReplyDelete
  7. i believe my husband lain sikit dari yg u describe, tapi yg nom 2 tu i setuju. ;)

    ReplyDelete
  8. Tak tau kenapa aku cakap mcm ni, tapi Eh brader apa kau cakap semuaa betul :D Bhahah

    ReplyDelete
  9. kalau tak ada ego nanti jadi lelaki dayus pula

    ReplyDelete
  10. suka no5 ayat last.. ade betul nya di situ..heheh

    ReplyDelete
  11. hahaha.....macam tu ke..
    alok jugak tu,
    faham dan difahami

    ReplyDelete
  12. @fideila

    stuju..mmg prmpn kena faham lelaki, tp lelaki pun kene paham permpn kan..yg pasal no 4 tu..cam kene pada diri je..hehe

    kdg2 bila merajuk, dia macam buat x tau, macam x nak pujuk..n i pk die mmg x paham i..

    but in the end..i actually tau yg dia syg i, cuma..lelaki kan, mmg x tau cara nk pujuk perempuan!

    ReplyDelete
  13. anda mmg hebat laaa..sumenye betol

    lelaki mmg cmtuehhh..kdang2 ingat die mcm x pedulikan sy langsung..skarang baru sy faham..thanks :)

    ReplyDelete
  14. Sy jatuh cinta pd lelaki ego..3 tahun sy kenal dia..kami mula kenal bila dia mula merapatkan diri walaupun dia tahu sy kekasih kpd kwn nya..kdg2 dia mberitahu yg bf sy curang...kemudian sy pun putus bila bf sy kantoi dpn mata sy sdri..then sejak putus dgn bf sy hnya berkepit dgn dia aje..mgkin itu ape yg dia nak slame ni...tp malangnye bila sy dh suka,dia pula mcm ignore kt sy..padahal dulu dia yg sibuk merapatkan diri dgn sy...spjg 3thn itulah dia main tarik tali dgn sy...kami x prnah declare tp dia mmg lyn sy special dr pmpuan lain..kalau outstation dia akan berikan sy souvenir yg lain dr org lain. Adakah dia suka saya? Atau x suka? Atau adakah dia suka tp dia ego? Kalau dia x suka,,kenapa lyn sy mcm sum1 special? Knp lyn mcm suka? Kalau suka knp x bgtahu sy?? Sy mmg konfius dgn layanan dia....adakah ini yg dinamakan lelaki ego yg disebut2 itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, ada sesetengah lelaki memang macam itu..ada yang ego. sebab atau alasan dia ego sebab dia takut kalau terus terang dekat perempuan itu nanti manalah tahu perempuan itu akan tolak.. better lah pada dia , si perempuan yang cakap dahulu... just pendapat.

      Delete

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.