-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bila jumpa orang kuat kencing !


Wow dia hebat dalam semua benda lah !

Sekadar mahu share cerita "orang hebat", hehe. Ini cerita realiti, bukan fantasi atau rekaan semata-mata. Masih belum terlambat nak kongsi satu cerita yang "menarik" pernah berlaku sepanjang semester lepas. Haha. Al kisah aku mempunyai seorang roommate. Mukanya yang suka senyum, tapi kadang-kadang masam juga tiba-tiba. Hehe. Kalau lihat dari watak dia, memang agak peramah dan cool. Pertama kali aku berbual dengan dia , sumpah amat kagum. Apa yang kagum? Banyak pengalaman dia yang menarik. Dari kisah susah hingga ke senang, suka dan duka dan macam-macam lagi.

Aku memang suka kalau bab menjadi pendengar yang setia, semua cerita dia aku "iya" kan saje. Jujur aku katakan, macam best je bila dengar dia cakap itu ini. Kekadang ada juga 1 2 soalan aku selitkan. Makin bertambah semangat lah dia kan. Setiap kali dengar cakap dia, mesti hati aku akan berdetak ," Wow hebat pengalaman dia".

Sampai lah satu hari itu, aku sudah dapat rasa yang mamat ini sebenarnya cakap besar a.k.a kuat kencing (menipu).

Aku : "Cita-cita aku dulu memang nak jadi doktor, tapi apakan daya result SPM tak gempak. Tu yang time    diploma aku ambil bidang Sains. Mana tahu lah kan aku grad dengan cemerlang, still dapat ambil medic nanti. Erm, memang takdir aku tak jadi doctor kot, sebabnya cgpa aku tak hebat mana. Ramai member yang dapat pergi buat medic."

Dia : "Aku dulu dapat tawaran buat farmasi dekat USM, tapi tak minat la. Itu yang aku ambil Sains Sukan dekat Kolej."

Dalam hati aku berkata : "Aik ! Hari itu aku nampak result SPM dia biasa jek. Banyak yang fail je. Macam mana USM ada hati nak bagi tawaran dekat dia .Huhu."

                               ******************************************************

Kalau korang nak tahu, bila aku bercerita pasal pengalaman best aku, mesti dia akan sebut pernah buat benda yang sama juga. Aku pernah buat ini,  dia pun pernah buat. Aku pernah buat itu, dia juga pernah buat, malah lebih dari itu.Haha. Senang kata, dia nak lebih dari segala-galanya. Motif?

Sejak dari hari kantoinya dia kuat menipu, bila dia start berbual melayang, aku akan cepat-cepat buat tertido. Gerenti panas je hati beliau. Haha.

6 comments:

  1. same r geng,aku ade gak member cmni.dia akan buatkan taraf kau low gyler depan org lain, then naikkan taraf die.sial

    ReplyDelete
  2. angkuh! takrifan konsep untuk orang macam neh~ :)

    ReplyDelete
  3. hahaha~

    tak suke jumpe orang macam ni..

    *berlagak bagus*

    ReplyDelete

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.