-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Konvoi MOPED ke Genting Highland.


Jalan-jalan makan angin ke Genting Highland dengan motorsikal moped jek. Hehe. Aku bertolak dari Bukit Beruntung berseorangan menuju ke RnR Genting Sempah untuk berkonvoi dengan seorang member baik yang datangnya dari highway pantai timur iaitu Syahmi yang bakal bergelar seorang guru , hasil didikan di Institut Perguruan di Kuala Lipis. Apalagi, mendaki bukit bermula...

Menunggu Syahmi yang ke tandas, tak tahan nak membuang air kecil katanya. Sejuk. Oh ya, motor merah itu sangat laju. Hehe.

Pusing-pusing di rumah ais ini. 

Aku rasa sudah lebih 10 kali naik genting ini, tapi baru dua kali je layan outdoor. Masa 1st time memang gembira bangat sebab hanya main yang basic je. Kali kedua main, wow! aku trauma naik TOMAHAWK !!! Kalau solero? Mahu pengsan. Haha.

Ini juga kali pertama aku tengok ada persembahan tarian zapin, sebelum-sebelum ini hanya magic show.

Kami dijemput untuk menonton tv plasma 3D paling besar di dunia.

Menuruni bukit dan melayan corner. 

Satu-satunya stesen minyak yang berada di puncak Genting Highland iaitu Esso. Ada teori menyatakan jika isi minyak di kawasan sejuk, kita akan dapat lebih petrol. Sebabnya molekul-molekul petrol tersebut labih mampat dan padu.

Itu dia aksi seorang cikgu yang termenung memikirkan siapa yang bakal menjadi isterinya. Haha.

Sebelum ini aku pergi puncak hanya menaiki gondola atau kereta. Seronok memang seronok, tapi seronok lagi naik motor. Nak lagi lagi lagi seronok? Aku tunggu impian memiliki sebuah superbike. Lagi masyuk !

6 comments:

  1. xde keje namenye. haha! naik la solero. aku cukup la naik 2x. sumpah x nak naik da!
    tomahawk tu yg mne ek...? yg mcm mother hammer tu ke...? kalu yg tu aku naik da.
    poyo konon berani. duk blkg sekali.
    pastu mengada nak turun. weheee! best!

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha! Petik perkataan cikgu tu yg tak leh tahan.

    ReplyDelete
  3. zai: ko memang penakut macam aku, hahahaa.

    ayisy: cikgu yang tak skema kan :)

    ReplyDelete
  4. Naik genting dengan moto memang best.

    Tapi kena jaga2 sikit sebab jalan tak rata.

    ReplyDelete

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.