-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LELAKI KACAK itu siapa !

 Lelaki kacak suka perempuan yang agak humble. Golongan lelaki kacak kebiasaanya tak melayan perempuan yang poyo sepoyonya contohnya memuji diri sendiri, depan nampak baik tapi belakang hampeh, plastik , jaga tepi kain orang , batu api dan bermacam lagilah.

 Kebiasaan lelaki kacak mempunyai muka yang agak manis, hensem. Erk,nama pun dah kacak memanglah macam itu kan. Ha! golongan lelaki kacak ada satu rupa yang agak "berlagak", kena senyum dengan perempuan pun mereka still buat muka berlagak. Padan muka kepada perempuan perasan tersebut. Mereka akan senyum kepada orang yang dikenali sahaja.

 Lelaki kacak malas nak layan perempuan yang seperti diatas. Oh ya, lelaki kacak sebenarnya tidak memandang perempuan melalui fizikal semata-mata, tapi banyak lagi sudut yang diterokainya contohnya sifat perempuan atau wanita tersebut yang tidak berpura-pura dan selesa bersama.

Mahal? Ia diukur bukan pada harga, lelaki kacak mengukurnya pada sifat/perangai wanita atau perempuan tersebut. Mahal jika ia pemberi semangat dan kekuatan. Jika lelaki kacak seikhlas hati mencintai, itu tandanya hati wanita/perempuan tersebut mahal padanya.

Entri simple lelaki kacak ini dibuat berdasarkan penelitian terhadap sahabat handai, saudara mara, serta orang terdekat yang boleh digelar sebagai lelaki kacak dan rumusan dari beberapa bacaan.

0 comments:

Post a Comment

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.