-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YES 4G untuk pelajar Universiti !

Yes 4g plan student package.

Sudah 3 hari aku pakai Yes 4G ini, alhamdulillah boleh tahan connection nya. Kalau sebelum ini pakai broadband bertaraf 3g iaitu Celcom dan Maxis, alahai slow tapi boleh lah untuk user macam aku yang hanya kaki online biasa bukan gila layan youtube dan kaki download. So, aku tak perlu ada connection yang gempak macam Unifi kan (student kena jimat).

Sejak dua tahun jadi student di Shah Alam ini memang perkhidmatan jalur lebar 3g untuk Celcom tak pernah buat hal. Nasib oh nasib, tapi, tapi dan tapi Celcom buat masalah akhirnya. Buka page Html yang rendah pun mahu makan masa berjam. Nak kata sudah habis limit kuota, tak mungkin sebab nya baru topap (aku guna prepaid untuk Celcom broadband) sudah hampir sebulan menahan nafsu amarah akhirnya aku try juga daftar Yes 4g ini. Dengarnya kelajuan 5x ganda dari 3g dan murah, sangat menarik perhatian aku !!!


Pantas ke cawangan kampus untuk Yes di UiTM ini iaitu terletak di Dataran Cendekia (DC). Tiada yuran tersembunyi, hanya bayar RM99, dapatlah "Go 4g Dongle" seperti dalam gambar di atas. Oh ya, dapat juga number phone 018, so boleh lah buat panggilan percuma 100 minit dan sms 3 sebanyak 400 (campus pack RM28). Cara nak guna kena download aplikasi tersebut di sini [enter]. Tapi aku belum pernah cuba, hehe.


Masa 1st time cucuk benda ini, aku dah panas aje. Yelah desktop tak boleh detect langsung. Sabar je lah kan. Esoknya pergi library, apa lagi google segala masalah dan mencari jawapan. FYI, desktop aku guna Window 7 ultimate, so dalam buku panduan kata Dongle ini boleh detect untuk semua window 7, kalau window yang lain ada caranya termasuklah pengguna MAC Apple. 

Aku tak rasa Dongle ini masalah, maybe desktop aku yang punya USB sudah tahap old skool, eceh.HAHAHA. So aku update lah driver untuk USB desktop ini. Syukur boleh baca dah komputer ini dengan Dongle. Ha, tapi still aku kena buat something, iaitu download secara manual untuk driver Dongle ini, nak download sila tekan ini.


Akhirnya boleh ! Dengan gelojohnya masukkan id dan password. Alamak tak boleh lagi. Apa masalah? Rupanya salah masukkan ID, aku lupa. Ok mari sini aku ingatkan diri sendiri, untuk student UiTM punya ID adalah nombor matrik[dot]uitm , itu sahaja.

Bila online pergh ! Setaraf Unifi (boleh lah). Yang penting aku bole siapkan assignment dengan cepat kan. Lagi apa yang best pasal Yes 4G ini adalah sebagai student kita memang sangat bertuah, pihak YES bagi keistimewaan yang berkali ganda. Ada dua jenis iaitu campus pack RM28 dan RM68. Untuk RM28 akan dapat 1 GB, 100 minit panggilan keseluruh negara dan sms sehingga 400 ! Kalau RM68 dapat 3.5 gb, 150 minit dan 150 sms. Oh lupa nak bagitahu, YES yang aku guna ini prepaid (macam-macam plan ada), so boleh beli kad topap atau pun secara online contohnya Maybank2u.  Paling best kalau sedang online tetiba kredit habis, korang boleh topap online direct melalui laman web Yes. Maknanya kalau kredit habis, still korang boleh buka laman web dorang untuk topap. Faham? Lupa bagitahu rate dia, 9 sen untuk 3 mb, atau 1 sms atau minit call.

Untuk student, boleh topap RM10 dan dapat 1 GB !

Senang kata jimat lah pakai Yes ini sebab nya bayar apa yang kita guna sahaja kan.

Siapa yang daftar Yes di UiTM Shah Alam sahaja dapat free tumbler ini.

Oklah, aku rasa sangat bahagia guna YES ini, hehe. Kerja lebih mudah, jimat masa untuk tunggu loading time dan yang paling best sangat jimat untuk student macam aku ini kan.

Setakat ini aje aku boleh kongsi, korang boleh try dah alamilah sendiri, eceh. Haha.

0 comments:

Post a Comment

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.