-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahli keluarga baru yang cute !

Baju corak askar yang cute.

Pada 3 Julai 2012 yang lalu lahirlah anak saudara yang baru merangkap anak first atau sulung akak aku. Tapi disebabkan jadual padat dengan final exam, so tak dapatlah aku jenguk awal-awal. Habis je exam hari itu apa lagi, tak sabar sangat nak jumpa baby lelaki lah kan.

Kekasih aku pun nak ikut, dia lagi excited dari aku, asyik tanya aje ea bila anak si kak efa nak keluar.Hehe.Comel betul bayi besar ini. Ditakdirkan bertuah lah akak aku ini sebab berjaya melahirkan anaknya secara normal. Oh ya, nama timangan baby cutel ini "Haikal". *Lebih kurang nama daddy dia "Khaled".

Haikal ini kecil je.Lahir lebih kurang 2.05 kg, tapi lepas 2 minggu sekejap aje naik terus  2.5kg . Kelakar juga bila tengok akak aku ini jadi ibu.Haha. Yelah dia akak yang memang betul-betul atas aku, gaduh tarik rambut semua dengan dia, tup-tup dah jadi ibu. Sekelip mata aje kan,haha. *Lepas ini turn aku kahwin pula seh.

Si haikal ini baby pemalu dan pendiam, sama macam bayi besar itu pemalu dan pendiam :P


Yang paling best, jeng-jeng. dinda aku pun ikut sama ke sana. Suka betul dinda ea. Excited, tak makan saiko pun dia. Dekatkan lagi ukhuwah.Hehe. Respek betul dengan abah aku, dari dulu dia memang tak sombong dengan teman wanita anak-anak dia (ceh skema ayat), tapi kalau akak-akak aku dulu bawa jumpa boyfriend memang abah aku buat muka poyo.Haha. Mak pula memang jenis pendiam,tapi dia asyik puji dinda, cantik cantik cantik. Inshallah mak diberi kesihatan supaya kitorang diperjodohkan. Amin *Mak dah restu sayang,siap doakan lagi :D

3 hari 2 malam dekat sana, memang jarang dengar Haikal menangis.Senang je nak jaga haikal ini. Kasi susu, tukar pampers, tidurlah lah dia.

Ini gambar sebelum Haikal kena cium.

Lepas kena cium dengan gadis cantik, terus besar mata dia. Oh nakal ea kata mommy dia.

Alhamdulillah, bertambah lagi keluarga Encik Aman dan Pn Rosminah.
Kepada dinda, terima kasih sangat. makin kedepan langkah dia ea. Steps by steps, semua orang kuat dah jumpa dia. :D :D :D




0 comments:

Post a Comment

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.