-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label jadual perjalanan komuter. Show all posts
Showing posts with label jadual perjalanan komuter. Show all posts
Salam 1 Bumi.

Sudah lama aku buat kartun bawah ini, cuma itu lah tak ada masa nak masukkan dalam blog. Sebelum operasi kemas fail dan clean desktop, so better baik aku cepat-cepat update... Desktop gua dah macam apa daaa. Banyak sangat kartun bersepah, Haha... Yang tak jadi kartun terlalu berlambak, jadi lepas update entry ini, kasi buang semua yang tak berguna lagi. Habis madu sepah dibuang lah kot.

Ikutilah jalan cerita simple, Ok jom :
.
Suatu petang hari minggu di Stesen Ktm KL Central yang penuh sesak, orang ramai berpusu-pusu menaiki coach  yang lambat sampai. Biasa r kan, Ktm kan memang terkenal dengan kelewatan jadual perjalanan. Haha. Kepada pihak Ktm, ini reality ye . Peace!
.
Disebabkan coach untuk wanita sudah penuh, so wanita hot yang berbaju pink ini masuklah ke gerabak umum. Beliau berdiri di hadapan seorang lelaki yang macho *kot . Lelaki itu senyum, dia pun senyum. Perempuan ini budget hot dan cun lah itu sebab mendapat senyuman, LOL. Tiba-tiba lelaki itu bangun.
.
Perempuan ini menolak lelaki tadi supaya duduk semula. "Gentleman sungguh mamat hensem ini", dalam hati perempuan itu. Yelah, kan banyak lelaki gentleman biasanya akan kasi perempuan duduk.  Ekekekeke. Kalau gua lah takde makna. Lainlah mak cik tua @ sarat mengandung.
.
Lelaki itu mula menunjukkan iras muka yang amat bersalah. 
.
Dia cuba bangun lagi sekali, tetapi ditahan oleh perempuan itu. Perempuan itu tak mahu diberi layanan 1st lady, hahahahaha... *iklan = penumpang yang duduk depan itu sempat korek hidung mendengar karenah dua orang itu...
.
.
.
.
.
.
.
Akibat rasa bersalah yang meluap-luap, maka lelaki itu
.
.
.
.
.
Itulah, lain kali jangan perah santan sangat. Janganlah budget HOT.

Ada beberapa masalah teknikal dalam gambar, tingkap komuter ini macam flight lah pulok, kih kih kih.

Like itu suka !!!