-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Johor banjir 2011 ?

Assalamualaikum.


Walaupun aku tak pulang ke kampung di Johor cuti midterm ini, khabo nya keadaan hujan lebat dan tidak henti-henti berlaku di sana. Adakah Johor pula akan mengalami nasib yang sama selepas bah besar berlaku di negeri Utara (Perlis dan Kedah) beberapa bulan yang lalu ?

Korang ingat lagi tak banjir "air tenang", bukan pilihanraya DUN Tenang ye,  yang berlaku pada hujung tahun 2006, kebanyakkan kawasan negeri Johor tenggelam, paling teruk ialah Segamat ! Sehinggakan bandar Segamat lumpuh dan terputus! Nak bezakan darat dan sungai pun susah. Kalau kawasan rumah aku di Batu Pahat ok sedikit dan kemungkinan banjir besar berlaku agak kurang sebab terdiri dari bukit dan tanah tinggi nak dibandingkan Segamat yang tentunya kawasan tanah rendah.

Uniknya banjir besar yang berlaku pada 2006 itu lambat nak surut. Ini kerana dari empangan yang dibuka bagi mengelakkan ia dari pecah. Ingat lagi, kawasan sekitar rumah aku time itu dah tak hujan, tetapi yang peliknya air tak surut-surut, malah semakin naik. Rupanya dah tahu yang empangan dibuka, so tempiasnya berlaku pada kawasan sekitar.

Oklah, bawah ini aku kongsikan keadaan banjir yang berlaku di Johor (31 jan 2011):


Banjir di Segamat


Banjir di Labis


Banjir di Kluang.

Apapun, mari kita doakan semoga banjir besar tidak berlaku... Aminnnn.

2 comments:

  1. mmg teruk sgt banjir kali nie....

    ----------
    my latest entry:-
    Sketsa Sebuah Kisah Aku Yang Khilaf..
    http://aidyshahiezad.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. harap-harap keadaan beransur pulih

    ReplyDelete

Komen apa saja, janji anda bahagia :D
Ini adalah dofollow, rajinkan letak link sekali kalau mahu.
Terima kasih.