Pada suatu pagi yang tenang, ketika gua bersiap nak pergi kelas.
Selepas siap semuanya, dengan langkah tenang dan confident, aku pun terus bergegas ke kelas yang jauhnya lebih kurang 300 meter sahaja dari kolej kediaman.
Tapi disebabkan perut lapar berirama keruncung, aku terus melencong ke cafe untuk breakfast.
Time itu ramai wanita-wanita yang turut membeli breakfast. Ada aku kisah? Haha. Janji perut gua kenyang. So lepas itu, aku pun meneruskan perjalanan... Ketuk ketak bunyi sepatu.
Tapi aku pelik, apa pasal ramai sangat mahasiswi tadi melihat aku sambil tersenyum, aih? Tak kan nak mengurat aku yang sememangnya tak macho. Kih kih kih!
Melangkah dengan selamba lah.
Aku sudah mula sangsi...
Tiba-tiba aku rasa tak kena lah. Terasa macam ada satu lubang udara yang masuk lalu menyejukkan anggota fizikal aku iaitu dari pinggan hingga ke betis.Bila tangan aku meraba ke bawah , perghhhh!
Terus gua ambil beg sebagai cover dan secara pantasnya tutup zip !
Tapi nasib baiklah underwear aku itu bewarna gelap, ce bayangkan kalau warna merah, pink, putih, kuning atau warna lain yang terang benderang???
*Pernah juga ada sekali itu seluar jeans aku punya zip rosak, zip nya turun sendiri sebab sudah loose. Yang itu kira ok sebab aku pakai boxer. :)




